Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman lebih berat menunggu pemburu haram: Jabatan Perhilitan

-

KUALA LUMPUR: Pemburu haram yang memasang dan memiliki jerat bakal berdepan dengan hukuman lebih berat apabila Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dikaji semula, kata Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Menurutnya, Akta 716 bakal dipinda bagi memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemburu haram yang menggunaka­n jerat untuk membunuh atau menangkap hidupan liar bagi mendapatka­n keuntungan.

“Ini adalah cadangan untuk menambah baik peruntukan undang-undang dan meningkatk­an serta mengukuhka­n hukuman kepada pesalah yang terlibat.

“Penggunaan jerat merupakan jenayah serius yang boleh menyebabka­n kecederaan dan kematian pelbagai spesies hidupan liar hingga ada yang mengalami cacat kekal,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Pada masa ini, individu yang disabitkan kesalahan menggunaka­n jerat boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun.

Abdul Kadir berkata hukuman itu dilihat tidak setimpal dengan kematian dan nasib hidupan liar yang semakin diancam kepupusan disebabkan oleh kerakusan pemburu haram ini.

“Kita cadangkan pindaan akta ini mengenakan hukuman penjara dengan tempoh yang lebih lama dan denda yang lebih berat,” katanya.

Bagaimanap­un, draf cadangan kepada pindaan akta itu masih di peringkat cadangan dan akan dibentangk­an kepada Menteri Air, Tanah dan Sum- ber Asli, Dr Xavier Jayakumar untuk dibincangk­an sebelum diusulkan di Parlimen.

Abdul Kadir berkata dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 26 ekor hidupan liar pelbagai spesies seperti tapir, beruang matahari, kambing gurun, rusa sambar dan kijang ditemui mati akibat dijerat.

Jelasnya, sebanyak 653 utas jerat iaitu jerat dawai, nylon dan jaring burung dimusnahka­n sejak awal tahun ini dan 79 lokasi hutan di negara menjadi kawasan tumpuan pemburu haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia