Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 1,000 peserta menjayakan ‘Bernama Gembo-Gembo Run 2018’

-

SHAH ALAM: Hampir 1,000 peserta menjayakan acara larian ‘Bernama Gembo-Gembo Run 2018’ yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Taman Botani Negara di sini semalam.

Acara larian sejauh lima kilometer itu yang bermula seawal jam 7 pagi disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Menurut Zakaria acara ini bertujuan mempromosi­kan produk serta perkhidmat­an Bernama kepada seluruh lapisan masyarakat.

Beliau berkata sebelum ini, masyarakat sering melihat organisasi itu hanya sebagai penghasil berita serta berita bergambar semata- mata namun fungsi Bernama kini telah berkembang mencakupi pelbagai bidang perkhidmat­an.

“Selain jualan berita kepada pelanggan yang kini turut disampaika­n secara infografik, kita sebenarnya mempunyai pelbagai produk serta perkhidmat­an lain yang masih banyak pihak tidak mengetahui.

“Bernama menawarkan khidmat pengurusan acara, khidmat perhubunga­n awam, percetakan buku seperti coffee book selain khidmat promosi kepada mana-mana pihak yang ingin memperkena­lkan produk mereka kepada umum,” ka- tanya ketika ditemui selepas acara larian itu.

Selain itu katanya, Bernama juga mempunyai perkhidmat­an InfoLib Bernama, iaitu arkib penerangan dan maklumat yang mana khidmatnya ibarat ‘perpustaka­an berita’ kerana menghimpun­kan berita- berita lama daripada organisasi itu sendiri serta akhbar-akhbar utama tempatan bagi memudahkan mana-mana pihak membuat rujukan.

Tambah beliau, organisasi berita yang wujud sejak 51 tahun lepas itu juga sentiasa bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi yang mana Bernama turut menggunaka­n platform multimedia bagi menyampaik­an bahan- bahan beritanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GELAGAT: Peserta ketika melakukan senamarobi­k sebelum dilepaskan pada Program Bernama Gembo-Gembo Run 2018 di Taman Botani Negara Shah Alam, semalam
— Gambar Bernama GELAGAT: Peserta ketika melakukan senamarobi­k sebelum dilepaskan pada Program Bernama Gembo-Gembo Run 2018 di Taman Botani Negara Shah Alam, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia