Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks Darul Qiyyam Mall Bukit Kayu Hitam suram

-

BUKIT KAYU HITAM: Kira-kira 20 peniaga di Darul Qiyyam Mall di sini memohon kerajaan memberi tumpuan khusus mempromosi­kan kompleks perniagaan itu agar dikenali dan menjadi pusat perhentian kepada pelancong yang keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand.

Rata- rata peniaga yang ditemui Bernama berkata, sejak beroperasi dua tahun lalu, kompleks yang tersergam indah itu ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’ kerana kurang mendapat sambutan.

Peniaga, Rofidah Harun, 51 berkata, perniagaan­nya semakin merosot apabila pada hari- hari biasa tiada pelanggan yang datang membeli.

“Hari biasa nak dapat 20 pelanggan pun susah sedangkan sewa nak kena bayar kepada pihak Majlis Daerah Kubang Pasu ( MDKP) RM150 sedangkan jualan kami sekejap ada dan sekejap tak ada langsung.

“Keadaan sunyi pada harihari biasa hinggalah ada peniaga terpaksa tutup kedai dan akan buka semula pada cuti hujung minggu,” katanya.

Kata Rofidah, kedudukan kompleks yang sedikit jauh dari jalan utama menyebabka­n orang ramai tidak mengetahui kewujudan kompleks perniagaan itu yang menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan.

Peniaga lain, Saiful Rashid,22 berkata kompleks perniagaan ini cukup selesa dengan kemudahan surau, tandas dan parkir kereta yang luas dan rugi jika tidak dimajukan.

“Sudah sampai masanya pihak MDKP menyediaka­n lagi fasiliti yang diperlukan seperti hentian bas, mesin pengeluara­n wang automatik (ATM,) dan medan selera yang selesa untuk menarik pengunjung kerana jika dibiarkan premis ini akan terus lenggang dan tidak memberi manfaat kepada rakyat,” kata peniaga pakaian itu di sini.

Katanya, pelbagai barangan dari pakaian, peralatan dapur, periuk kukus, kasut, permainan kanak- kanak, makanan, kudapan serta minuman dijual di premisprem­is di situ namun ia masih gagal menarik perhatian pengunjung ke sini.

Sementara itu, Pengerusi Penaja Persatuan Peniaga Darul Qiyyam Mall, Khairul Anuar Adnan berkata, terdapat kira-kira 80 lot perniagaan disediakan di situ, namun kebanyakan tidak lagi beroperasi.

Katanya, peniaga yang berada di premis tingkat atas juga terpaksa turun ke tingkat bawah bagi membolehka­n kelihatan menarik dan dapat menggamit pengunjung datang membeli.

“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama MDKP dan meminta supaya menyegerak­an medan selera serta membuka peluang kepada peniaga pasar tani untuk beroperasi di sekitar kompleks ini bagi merancakka­n aktiviti ekonomi di sini seterusnya dikenali dan dikunjungi termasuk pelancong asing dan tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia