Utusan Borneo (Sarawak)

Beli minuman keras yang ada label dilulus Kementeria­n Kesihatan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatk­an supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandung­i metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai penglabela­n yang diluluskan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kebanyakan arak tiruan tidak mempunyai label yang jelas pada botol dan beliau telah mengarahka­n produk yang tidak menepati ciri- ciri yang diluluskan KKM ditarik balik.

“Kita percaya ada pencemaran sebatian arak dalam alkohol. Sebab tu pelabelan- nya tidak betul. Tiada pengedar, tidak tahu bila import dan sebagainya.

Jadi kemungkina­n wujud bahan campuran yang tidak sepatutnya seperti metanol dalam minuman keras yang menyebabka­n berlakunya kematian baru- baru ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Inovasi Kuala Lumpur 2018, di sini semalam.

Kelmarin, sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak.

Sebanyak 76 kes melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Perak direkodkan sejak 15 Sept dengan jumlah kematian sebanyak 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di negeri Perak membabitka­n warga Myanmar (12), Malaysia (9), Nepal (6), Bangladesh dan tidak diketahui status kewarganeg­araan (masing-masing satu).

Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalanka­n kajian di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor untuk mengetahui sekiranya terdapat campuran lain selain metanol yang mengundang bahaya kepada pengguna.

“Metanol sepatutnya tiada dalam alkohol, tapi pihak yang tidak bertanggun­gjawab telah mencampurk­an metanol untuk mengurangk­an kos pembuatan minuman tersebut. Jadi mungkin ada sebatian lain yang kita nak lihat,” katanya.

Tambahnya KKM melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan sedang sedang giat meneruskan tindakan penguatkua­saan di seluruh negara. — Bernama

Metanol sepatutnya tiada dalam alkohol, tapi pihak yang tidak bertanggun­gjawab telah mencampurk­an metanol untuk mengurangk­an kos pembuatan minuman tersebut. Jadi mungkin ada sebatian lain yang kita nak lihat. ” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Rina (kiri) beramah mesra bersama usahawan yang hadir semasa mengadakan lawatan di ruang pameran pada majlis Perasmian Mercu Aspirasi Keusahawan­an Bumiputera di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh dekat Melaka, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Perdaganga­n dan Pelaburan negeri Mohd Rafiq Naizamohid­een.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Rina (kiri) beramah mesra bersama usahawan yang hadir semasa mengadakan lawatan di ruang pameran pada majlis Perasmian Mercu Aspirasi Keusahawan­an Bumiputera di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh dekat Melaka, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Industri, Perdaganga­n dan Pelaburan negeri Mohd Rafiq Naizamohid­een.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia