Utusan Borneo (Sarawak)

Garis panduan aktiviti hiburan di pulau pelanconga­n Terengganu dikeluarka­n segera

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Terengganu akan mempercepa­tkan langkah mengeluark­an garis panduan bagi mengawal selia aktiviti hiburan di pulau-pulau pelanconga­n di negeri itu.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata garis panduan itu sedang dirangka dan akan dikeluarka­n selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Memandangk­an kemasukan ke pulau-pulau di Terengganu akan ditutup sepenuhnya dari Oktober hingga awal Januari berikutan monsun, jadi kita akan ambil kesempatan tempoh itu untuk keluarkan garis panduan ini dalam memastikan insiden yang berlaku baru-baru ini tidak berulang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n ‘Tren ETS Berpaparan Beautiful Terengganu Malaysia’ di KL Sentral di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai 10 individu termasuk tiga wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika asyik berpesta arak di dua pusat hiburan di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, Selasa lepas.

Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri tidak menghalang pengunjung melaku- kan aktiviti hiburan di pulau yang dilawati namun perlu mematuhi adab dan peraturan yang ada bagi menjaga keharmonia­n pengunjung lain.

Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama kerajaan negeri dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) itu akan melonjakka­n kemasukan pelancong ke Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata sebagai permulaan, hanya satu set tren Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) akan memaparkan secara kreatif imej destinasi dan produk pelanconga­n melalui jenama Beautiful Terengganu selama setahun.

“Dengan jumlah penumpang 10,695 orang sehari dan purata jumlah sebulan mencecah 324,635 penumpang di laluan Kuala Lumpur, Ipoh, Butterwort­h, Padang Besar dan Gemas, paparan ini mampu menjadi langkah paling efektif dalam mempromosi­kan pelanconga­n di Terengganu.

“Malah, pengenalan dua produk yang menjadi kebanggaan negeri ini, nasi dagang dan keropok lekor di dalam cafe ETS akan melonjakka­n produk Terengganu ini ke negeri lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia