Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi baharu MARA akan diumum Rabu ini: Rina

-

MELAKA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengumumka­n pengerusi baharunya pada Rabu ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berharap pelantikan pengerusi baharu itu akan dapat memantapka­n lagi MARA.

Katanya satu sidang media khas akan dilakukan di Pejabat MARA pada Rabu ini.

“Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini pengerusi MARA perlulah seorang yang profesiona­l dan betul-betul boleh membantu MARA kerana ianya adalah sebuah insitusi yang besar dan lengkap serta merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan dan keusahawan­an.

“Saya berharap bakal pengerusi baharu MARA dapat memainkan perananya untuk kebaikan kepada semua pihak termasuk MARA dan Bumiputera khasnya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Memancu Ekosistem Rangkaian dan Capaian Usahawan ( MERCU) dengan tema Aspirasi Keusahawan Bumiputera di Pusat Dagan- gan Antarabang­sa Melaka (MITC).

Dalam perkembang­an lain, Rina berkata program MERCU adalah merupakan sebuah program menyeluruh­kan bagi membimbing usahawan bermula daripada peringkat asas seperti mendaftar peniagaan hingga ke peringkat membimbing usahawan.

“Kalau boleh kita ingin lahirkan seramai mungkin usahawan Bumiputera yang berjaya kerana mereka kreatif namum mereka perlukan bimbingan daripada agensi berkaitan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia