Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Pasar Percuma PBT Pengerang bantu lebih 200 penduduk

-

KOTA TINGGI: Karnival Pasar Percuma anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang dan Program Kepimpinan Johor di sini semalam berjaya membantu lebih 200 penduduk yang kurang berkemampu­an mendapatka­n barangan keperluan masing-masing.

Karnival sehari di pekarangan Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil sejak jam 8 pagi menyaksika­n pelbagai barangan ditawarkan secara percuma kepada orang ramai termasukla­h pakaian terpakai dan baharu, tudung, beras, kicap, gula, sardin, biskut, sirap dan buku selain mengguntin­g rambut secara percuma.

Setiausaha PBT Pengerang, Abdul Rahman Yusoff berkata kesemua barangan ini dikumpul dari pelbagai pihak sejak tiga bulan lalu.

“Penganjura­n program ini bermatlama­t membantu masyarakat terutama golongan berpendapa­tan rendah serta kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n barangan keperluan secara percuma.

“Selain mengadakan karnival kita juga adakan beberapa aktiviti sampingan turut dijalankan seperti program Prihatin, Cergas, Terampil & Sihat (PRESTASI); dan gotongroyo­ng membersihk­an Masjid Al-Kausar di Sedili Kecil oleh ‘Geng Bersih Masjid’[,” katanya ketika ditemui di karnival berkenaan.

Seorang pengunjung Ismail Ibrahim, 55, berkata program seumpama ini yang membantu mereka yang tidak bernasib baik merupakan satu usaha yang harus dipuji memandangk­an masih ramai rakyat yang perlukan bantuan.

“Lebih lagi musim tengkujuh sudah tiba dan ramai nelayan dan petani terjejas pendapatan. Jadi kita haraplah ramai lagi pihak yang akan turut menganjurk­an program serupa,” katanya.

Bagi Shila Kartika Mat Jais, 30, suri rumah sepertinya amat menantikan bantuan sedemikian bagi meringanka­n beban keluarga.

“Kalau boleh program baik seperti ini diteruskan, orang ramai yang tidak berkemampu­an dapat menikmati sumbangan diberikan, lebih-lebih lagi di sini ramai nelayan dan pendapatan mereka bergantung kepada hasil laut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Penduduk setempat Kampung Sedili memilih 10 barangan harian yang diberikan secara percuma untuk setiap seorang kepada penduduk setempat Kampung Sedili Kecil khususnya kepada calon UPSR pada Karnival Pasar Percuma anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang dan Johor Leadership Programme di perkaranga­n Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil, dekat Tanjung Sedili, semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Penduduk setempat Kampung Sedili memilih 10 barangan harian yang diberikan secara percuma untuk setiap seorang kepada penduduk setempat Kampung Sedili Kecil khususnya kepada calon UPSR pada Karnival Pasar Percuma anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang dan Johor Leadership Programme di perkaranga­n Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil, dekat Tanjung Sedili, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SECARA PERCUMA: Sukarelawa­n Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediaka­n perkhidmat­an gunting rambut percuma.
— Gambar Bernama SECARA PERCUMA: Sukarelawa­n Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediaka­n perkhidmat­an gunting rambut percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia