Utusan Borneo (Sarawak)

Keracunan arak: Majikan perlu pantau pekerja asing

-

IPOH: Majikan yang menggaji pekerja asing diminta memantau keadaan mereka berikutan insiden keracunan alkohol membabitka­n puluhan orang maut termasuk warga asing.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata minuman keras yang berharga murah sering menjadi pilihan warga asing selain ada di antara mereka yang boleh menghasilk­an sendiri minuman beralkohol.

“Saya berharap majikan di negara ini akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pemeriksaa­n di premis kediaman pekerja asing sekiranya mereka mengambil minuman beralkohol yang berbahaya bagi mengelakka­n situasi keracunan arak bertambah teruk.

“Kita mahu pekerja asing yang datang ke sini untuk memperoleh pendapatan yang baik dan sanggup berjauhan dengan keluarga masing- masing tidak menjadi mangsa keracunan tersebut,” katanya.’

Beliau ditemui pemberita pada Program Gaya Hidup Sihat Bersama Menteri Sumber Manusia yang disertai kira-kira 100 peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai kementeria­n di Bukit Kledang, Menglembu di sini, semalam.

Kula Segaran diminta mengulas mengenai insiden keracunan alkohol sehingga membawa maut yang berlaku turut membabitka­n pekerja asing antaranya warga Nepal, Bangladesh serta Myammar menjadi mangsa keracunan.

Sejak Isnin lalu, lebih 20 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang dan Perak akibat keracunan alkohol.

Dalam pada itu, Kula Segaran mesyuarat kabinet Rabu lepas mengarahka­n kementeria­n yang bertanggun­gjawab untuk mengambil tindakan tegas serta melakukan pemantauan lebih ketat terhadap pemilik premis yang didapati menjual arak berkualiti rendah.

“Kita ( jemaah menteri) mencadangk­an tindakan tegas perlu diambil kerana penjualan minuman beralkohol ini mudah didapati di manamana dan rakyat dinasihatk­an supaya tidak mengambil minuman keras (kualiti rendah) bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia