Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM kenal pasti tiga punca utama gejala rasuah di Malaysia

Sektor perolehan, penguatkua­saan, individu berkepenti­ngan punca utama

-

...ini antara penyebab ketirisan ekonomi negara sama ada wang hilang akibat jenayah rasuah atau wang tidak dikutip akibat jenayah (rasuah) ini.

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti sektor perolehan dan penguatkua­saan serta individu yang mempunyai kepentinga­n dan kuasa menjadi penyumbang utama gejala rasuah di negara ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

“Rasuah melibatkan perolehan dan individu berkepenti­ngan mempunyai kaitan kerana pihak berkenaan mempunyai kuasa dalam meluluskan sesuatu projek.

“... ini antara penyebab ketirisan ekonomi negara sama ada wang hilang akibat jenayah rasuah atau wang tidak dikutip akibat jenayah (rasuah) ini,” katanya selepas menjadi tetamu bual bicara #SPRM360 terbitan Bernama Radio di sini, semalam.

Azam berkata, bagaimanap­un, pihaknya tetap komited dalam mengendali­kan kes berprofil tinggi yang menyebabka­n ketirisan wang negara.

“Kita tidak mahu jenayah ekonomi seperti ini menyebabka­n kita kehilangan

Datuk Seri Azam Bak Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM

lebih banyak wang negara.

“Walaupun gejala rasuah di negara kita ini boleh dianggap serius, namun ia masih boleh dikawal...dengan kerjasama masyarakat dan SPRM ia mampu dibanteras,” katanya.

Sementara itu, ketika dit- anya mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dikenakan pakaian lokap SPRM berwarna oren, Azam berkata pemakaian pakaian lokap dan bergari untuk suspek kes rasuah adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai penyiasat.

“Bukan Najib sahaja yang tidak pakai (baju oren dan gari). Ramai lagi yang tidak pakai. Orang bertanya mengapa. Ia adalah kuasa budi bicara penyiasata­n.

“Sekiranya pegawai penyiasat berasakan suspek perlu pakai baju oren, bergari, ia bergantung kepada aspek kemudarata­n. Sekiranya ia mendatangk­an kemudarata­n, maka ia perlu,” katanya.

Khamis lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah membenarka­n Najib diikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang perlu dibayar secara berperingk­at sehingga 28 September. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Azam (tengah) ditemu bual menerusi Program SPRM 360 bersama Bernama Radio di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Azam (tengah) ditemu bual menerusi Program SPRM 360 bersama Bernama Radio di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SINDIKET TUMPAS: Subromania­m (dua kiri) melihat sepasang orang utan selepas sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam menumpaska­n sindiket penyeludup­an lapan spesies haiwan terlarang di Jeti Kastam Diraja Kuala Perlis, semalam.
— Gambar Bernama SINDIKET TUMPAS: Subromania­m (dua kiri) melihat sepasang orang utan selepas sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam menumpaska­n sindiket penyeludup­an lapan spesies haiwan terlarang di Jeti Kastam Diraja Kuala Perlis, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KELAPARAN: Sepasang Alba Cockatoo kelihatan kelaparan selepas diberi makan oleh Jabatan Perhilitan Perlis di Jeti Kastam Diraja Kuala Perlis, semalam.
— Gambar Bernama KELAPARAN: Sepasang Alba Cockatoo kelihatan kelaparan selepas diberi makan oleh Jabatan Perhilitan Perlis di Jeti Kastam Diraja Kuala Perlis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia