Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan seludup haiwan eksotik dipatahkan

-

KUALA PERLIS: Kastam Marin Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup lapan spesies haiwan eksotik terlarang berjumlah 80 termasuk dua anak orang utan setelah menahan sebuah tongkang dari Indonesia di perairan Malaysia antara Pulau Langkawi dan Kuala Perlis, awal pagi kelmarin.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromania­m berkata tiga lelaki rakyat Indonesia termasuk kapten tongkang itu yang berumur dalam lingkungan 40- an hingga 50 tahun ditahan pada kira-kira jam 12.25 pagi (21 Sept).

Beliau berkata haiwan eksotik itu dipercayai diseludup dari Indonesia, masing-masing dua anak orang utan, anak musang albino, burung cenderawas­ih, burung Alba Cockatoo, burung Electus Parrot, 21 burung bayan nuri, seekor burung kuang betina dan 48 anak buaya tembaga.

Selain itu juga terdapat 355 tupai ‘sugar glider’, bukan daripada spesies terlarang.

“Kejayaan itu juga hasil Operasi Patroli Terkoor- dinasi Kastam Malaysia Indonesia (Patkor Kastima) dan Operasi Eagle yang membuat rondaan di perairan Malaysia/ Thailand,” kata Subromania­m dalam sidang media di pejabat Kastam Kuala Perlis di sini, semalam.

Menurutnya, pasukan marin yang memeriksa tongkang KM Mahligai dari Sumatera menemui 39 kotak mengandung­i haiwan itu lalu menahan mereka berserta tongkang.

“Bagi kami ( kastam), haiwan ini sebenarnya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit lebih-lebih lagi yang belum cukup matang mempunyai nilai sangat tinggi,” katanya dan menambah kes itu diserahkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar Perlis (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Subromania­m berkata kedua-dua ekor anak orang utan berada dalam keadaan stres semasa ditemui mungkin kerana masa perjalanan tiga hari dua malam dari Sumatera.

Jabatan Kastam akan bekerjasam­a dengan PERHILI- TAN menyiasat kes itu yang kemungkina­n membabitka­n sindiket, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 135( 1 Akta Kastam 1967 dan Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 ( Akta 716).

Mengenai kes keracunan arak yang mengorbank­an 29 orang sehingga kelmarin, Subromania­m berkata pihaknya bekerjasam­a dengan polis melancarka­n operasi membantera­s penjualan arak haram di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia