Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM Perlis tahan 17 PATI di Arau

-

ARAU: Seramai 16 warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan yang memasuki negara ini secara haram ditahan Agensi Kawalan Sempadan ( AKSEM) Perlis di KM 10 Jalan Changlun- Ulu Pauh dekat sini.

Komanderny­a DSP Syed Basri Syed Ali berkata semua pendatang asing lelaki yang berumur antara 21 dan 47 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditahan ketika sedang berjalan kaki kira- kira jam 7 pagi pada Khamis.

“Kes mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Perlis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Syed Basr i k e s i t u d i s i a s a t di bawah Seksyen 6( 1)( c) Akta Imigresen 1959/ 63 ( Akta 155) dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih enam kali sebatan. — Bernama SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang maut dipanah petir berhampira­n Plaza Tol Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam ( KESAS) di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata dalam kejadian kira- kira jam 5.40 petang kelmarin, mangsa, Wan Mohamad Rusdi Wan Rusli, 28, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Panglima Garang, Banting dengan menunggang motosikal selepas habis bekerja di sebuah kilang di Seksyen 26, di sini.

Beliau berkata siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi dan kecederaan parah yang dialami mangsa dipercayai akibat panahan petir menyebabka­nnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia