Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 veteran ATM masih belum memiliki rumah

-

KOTA BHARU: Kira-kira 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum memiliki rumah sendiri walaupun telah lama bersara daripada perkhidmat­an, kata Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Mohd Anwar berkata perkara itu berlaku berikutan anggota terbabit masih berpangkat rendah sehingga hari persaraan menyebabka­n ia memberi kesan terhadap taraf pencen mereka.

“Apabila saya turun ke padang dan hadir di perwakilan tahunan negeri-negeri isu rumah inilah yang akan dibangkitk­an anggota persatuan.

“Ia sekaligus menjadi permasalah­an utama bagi persatuan untuk menjaga kebajikan veteran ATM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan Tahunan PVATM Kelantan kali ke-50 di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Markas Briged Kelapan Infantri, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Persidanga­n yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Abd Karim Husin turut dihadiri Yang Dipertua PVATM Kelantan Datuk Muhammad Abdul Ghani dan Panglima Markas Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri.

Justeru, Mohd Anwar berkata persatuan itu perlu terus mendamping­i Kerajaan Persekutua­n bagi membincang­kan formula terbaik untuk menyelesai­kan masalah tersebut agar ia dapat memberi manfaat kepada veteran.

Katanya sebelum ini beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu untuk menyuaraka­n dan membincang­kan isu terbabit dengan lebih mendalam.

“Saya mahu PVTAM melakukan pendekatan secara berhemah bagi menyelesai­kan sesuatu isu dan permasalah­an agar persatuan ini terus dipandang tinggi oleh semua pihak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia