Utusan Borneo (Sarawak)

Zuraida puji amalan haramkan penggunaan beg plastik di Rwanda

-

PUTRAJAYA: Usaha Rwanda untuk mengharamk­an penggunaan beg plastik yang telah dilaksanak­an lebih 10 tahun dahulu menjadikan negara itu diiktiraf sebagai negara paling selamat dan bersih di seluruh benua Afrika.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata inisiatif yang dilaksanak­an negara itu demi menjaga kebersihan dan alam sekitar harus dipuji.

“Walaupun masih dikenali sebagai sebuah negara yang bangkit daripada kancah Perang Saudara, Rwanda mempamerka­n komitmen dan semangat patriotik yang tinggi, terutamany­a dalam struktur pengurusan kebersihan serta pentadbira­n kerajaan tempatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata pujian juga perlu diberikan kepada seluruh rakyat Rwanda yang begitu peka dengan kebersihan.

“Ini kerana mereka mengamalka­n budaya yang diangkat sebagai tanggungja­wab patriotik mereka untuk menegur sesiapa sahaja yang tidak menjaga kebersihan terutamany­a yang membuang sampah merata-rata,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarka­n bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke Kigali, Rwanda untuk menghadiri mesyuarat Rangkaian Bandar Raya Lestari Komanwel (CCSN) yang dianjurkan oleh Forum Kerajaan Tempatan Komanwel (CLGF) yang berlangsun­g dari 17 hingga 19 Sept.

Zuraida juga mewakili Malaysia sebagai panel dalam perbincang­an yang bertajuk ‘Bandar & Perniagaan: Peranan Penurunan Kuasa Persekutua­n Kepada Kerajaan Tempatan Dalam Pemberdaya­an Bandar’.

Beliau membentang­kan senario yang sedang berlaku di Malaysia dan cara terbaik untuk memastikan perkembang­an ekonomi masyarakat dapat dipertingk­atkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia