Utusan Borneo (Sarawak)

Ombudsman dan IPCMC langkah ke hadapan bagi Malaysia, kata Lee

-

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menubuhkan Ombudsman Malaysia dan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) merupakan langkah progresif bagi negara, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye .

Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata telah tiba masanya untuk menangani keluhan orang ramai terhadap mana-mana pihak berkuasa awam sejajar dengan penekanan kerajaan baharu untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an dan memerangi rasuah demi kepentinga­n umum.

“Saya harap usaha lebih banyak dapat dilakukan untuk mengurangk­an kekangan birokrasi dan meningkatk­an kecekapan pentadbira­n di semua jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumka­n bahawa kabinet telah bersetuju untuk menukar Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan ( EIAC) kepada IPCMC dan Biro Pengaduan Awam ditukar status kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan yang lebih berkesan terhadap aduan awam terhadap penguatkua­saan penguatkua­saan dan jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia.

“Saya gembira kerana cadangan-cadangan yang lalu membuahkan hasil kerana kita perlukan kedua-dua Ombudsman dan IPCMC seperti yang telah saya tekankan sejak bertahun-tahun.

“Pembaharua­n ini akan membantu memperbaik­i imej negara kerana aduan akan ditangani oleh sebuah badan bebas,” katanya.

“Kita akan melihat bagaimana sistem ini dapat dilaksanak­an untuk membawa pembaharua­n institusi yang sepatutnya menjadikan semua institusi kerajaan kita benar-benar bebas dan profesiona­l untuk memenuhi objektif yang diinginkan,” katanya sambil menambah bahawa hampir semua negara maju mempunyai Ombudsman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia