Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 60 kanak-kanak pintar Malaysia berhijrah ke luar negara setiap tahun

-

BANGI: Kira-kira 60 hingga 65 orang kanak-kanak pintar (gifted) Malaysia berhijrah ke luar negara setiap tahun bagi mendapatka­n pendidikan khas yang mampu melonjakka­n potensi diri mereka.

Pengarah Pusat PERMATApin­tar Negara Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak berkata kemudahan pendidikan bagi kanak-kanak pintar di Malaysia ketika ini jauh ketinggala­n berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom serta negara-negara jiran termasuk Singapura dan Vietnam.

Beliau berkata ketika ini hanya Pusat PERMATApin­tar Negara yang menawarkan pendidikan untuk kanakkanak pintar di negara ini berbanding Vietnam yang mempunyai 32 pusat pendidikan khas bagi golongan luar biasa itu.

“Sistem pendidikan kita banyak menghafal untuk peperiksaa­n tetapi kebanyakan pelajar pintar kita tidak suka menghafal, inilah masalahnya.

“Mereka perlukan pendidikan berbeza kalau tidak dia akan cepat bosan dan dia duduk di belakang kelas dan mula mengacau cikgu dan kawan-kawan. Akhirnya dia akan dipindahka­n ke kelas hujung,” katanya pada siri ceramah awam bertajuk ‘Kenali Anak Berbakat’ (Getting to Know Your Gifted Child) di Pusat PERMATApin­tar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini kelmarin.

Prof Noriah berkata kanakkanak pintar juga perlu diberi peluang untuk terus melangkau masuk ke kelas lebih tinggi tanpa mengira umur supaya tahap pembelajar­an yang diperolehi bersesuaia­n dengan tahap kebolehan mereka.

Ini kerana, katanya pelajar pintar mampu memproses maklumat dengan lebih pantas berbanding pelajar biasa.

“Jika anak itu gifted, tidak perlu masuk darjah satu. Contohnya anak itu sudah boleh membaca, ABC dan tahu menolak, mencampur, membahagi dan sebagainya sebelum masuk darjah satu.

“Kalau dia maju lagi, masuk terus darjah empat bergantung kepada kebolehan anak itu. Ini dipanggil kemasukan awal, bermakna kita pecutkan pembelajar­an dia,” katanya.

Selain itu, katanya sistem pendidikan negara juga menetapkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diambil oleh pelajar berumur 17 tahun sedangkan terdapat pelajar PERMATApin­tar yang telah layak mengambil peperiksaa­n itu ketika berumur 13 tahun lagi.

“Mereka tidak boleh mengambil SPM melainkan saya menulis surat secara peribadi kepada jabatan terbabit untuk membenarka­n pelajar itu ambil peperiksaa­n lebih awal,” katanya.

Prof Noriah berkata Pusat PERMATApin­tar Negara sedang bekerjsama dengan Kementeria­n Pendidikan dalam mencari mekanisme terbaik menyediaka­n pendidikan untuk kanak-kanak pintar di negara ini antaranya aspek latihan kepada guru.

Katanya setiap tahun kirakira 350,000 kanak-kanak di seluruh negara mengambil ujian yang dikendalik­an Pusat PERMATApin­tar Negara bagi mengenal pasti mereka yang tergolong dalam kategori tersebut dan kira 100 hingga 150 orang diserap ke program tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia