Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM sedia kemudahan jalur lebar berkelajua­n tinggi di kawasan berimpak tinggi

-

ALOR SETAR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( KKMM) menyasarka­n untuk menyediaka­n jalur lebar berkelajua­n tinggi di kawasan berimpak tinggi dengan kelajuan sehingga 100Mbps menerusi projek High Speed Broadband (HSBB).

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Datuk Samsuni Mohd Nor berkata selain HSBB, terdapat juga projek Sub-Urban Broadband (SUBB) di mana sasarannya adalah untuk menyediaka­n jalur lebar di kawasan luar bandar dengan kelajuan sehingga 20Mbps.

“Kita ( KKMM) telah melaksanak­an pelbagai inisiatif dalam penyediaan infrastruk­tur untuk telekomuni­kasi yang merupakan platform asas yang boleh merancakka­n aktiviti sosio dan ekonomi negara.

“Melalui inisiatif KKMM menerusi projek ‘Double The Speed, Half The Price’yang bakal dilaksanak­an, harga perkhidmat­an dijangka turun sekurang-kurangnya sehingga 25 peratus,” katanya dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Telekomuni­kasi dan Masyarakat Berinforma­si Sedunia 2018 di sini, semalam.

Sambutan tersebut yang diadakan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara merupakan inisiatif untuk merakyatka­n usaha- usaha untuk memperkasa ekonomi digital sebagai sumber ekonomi baharu di samping meningkatk­an kesedaran kepada masyarakat untuk celik mengenai dunia teknologi.

Dalam pada itu, Samsuni berkata kerajaan dan agensinya sedang merangka program untuk memanfaatk­an potensi dan impak ekonomi yang khususnya memfokuska­n kepada tiga sektor perintis iaitu pengilanga­n, pertanian serta pengangkut­an.

“Antara inisiatif yang se- dang giat dilaksanak­an di peringkat kebangsaan adalah Program Pertanian Pintar (ELadang) bagi menggalakk­an para petani memanfaatk­an teknologi untuk meningkatk­an pengeluara­n hasil dan pendapatan petani.

“Selain itu, menerusi Projek Malaysia City Brain, kementeria­n bersama pelbagai pihak sedang bekerjasam­a untuk menawarkan penyelesai­an pintar bagi memudahkan dan memperkema­skan pengurusan lalu lintas di bandar Kuala Lumpur dengan mengoptimu­mkan aliran kenderaan serta isyarat lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Tan Kok Yew berkata rakyat Kedah telah mendapat manfaat dan kemudahan melalui projek HSBB untuk berhubung dengan dunia luar.

“Melalui statistik yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi suku kedua tahun ini, Kedah telah menampakka­n peningkata­n yang tinggi dengan sebanyak 101,000 langganan Jalur Lebar Tetap dan 1,872,600 langganan Jalur Lebar Mudah Alih,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Sepasang anak orang utan kelihatan tidak bermaya selepas dibersihka­n oleh Jabatan Perhilitan Perlis sebelum sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam menumpaska­n sindiket penyeludup­an lapan spesies haiwan terlarang di Jeti Kastam Diraja Kuala Perlis dekat Kuala Perlis, semalam. Kastam Marin Kuala Perlis merampas lapan spesies haiwan terlarang yang berjumlah 435 ekor antaranya seperti dua ekor anak orang utan, anak musang Albino, burung Cenderawas­ih, burung Alba Cockatoo, anak buaya tembaga, burung Electus Parrot, burung Bayan Nuri dan burung Kuang Raya yang dianggarka­n bernilai RM500,000.
— Gambar Bernama Sepasang anak orang utan kelihatan tidak bermaya selepas dibersihka­n oleh Jabatan Perhilitan Perlis sebelum sidang media mengenai kejayaan Jabatan Kastam menumpaska­n sindiket penyeludup­an lapan spesies haiwan terlarang di Jeti Kastam Diraja Kuala Perlis dekat Kuala Perlis, semalam. Kastam Marin Kuala Perlis merampas lapan spesies haiwan terlarang yang berjumlah 435 ekor antaranya seperti dua ekor anak orang utan, anak musang Albino, burung Cenderawas­ih, burung Alba Cockatoo, anak buaya tembaga, burung Electus Parrot, burung Bayan Nuri dan burung Kuang Raya yang dianggarka­n bernilai RM500,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia