Utusan Borneo (Sarawak)

Kelewatan berpunca daripada masalah teknikal menyebabka­n pemilih tiba awal terpaksa menunggu lama

-

BUTTERWORT­H: Beberapa anggota PKR Cabang Permatang Pauh meluahkan rasa kecewa dan kesal kerana proses pengundian bagi Pemilihan PKR 2018 cabang itu bermula lewat hampir sejam berbanding yang dijadualka­n pada jam 10 pagi untuk Pulau Pinang.

Kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal itu menyebabka­n kebanyakan pemilih yang tiba awal di pusat pemilihan Permatang Pauh di Dewan Seri Tenggiri di sini terpaksa menunggu lama.

Mereka mendakwa pihak Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR sepatutnya lebih peka dan membuat persediaan yang rapi sebelum proses pemi- lihan bermula memandangk­an ini kali pertama pemilihan dilakukan menggunaka­n kaedah pengundian e-undi.

Seorang pemilih, Alias Said, 50-an mendakwa JPP PKR agak lembap dalam melakukan persiapan.

“Memang kesal sebab ramai pengundi yang datang awal terpaksa balik selepas tidak boleh mengundi kerana masalah teknikal, mereka balik sebab ada yang bekerja hari ini (semalam) jadi hak mereka untuk mengundi pada pemilihan PKR dinafikan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya JPP PKR sepatutnya memastikan segala persiapan sudah di tempat masing-masing sejak malam tadi (kelmarin) termasuk menyemak akses Internet.

Badariah Mat, 53, berkata dia diberitahu proses pengundian bermula 10 pagi dan memilih untuk datang awal kerana bek- erja pada tengah hari.

“Saya datang awal tapi masa sampai 10.05 pagi dewan masih tutup dan orang ramai tengah beratur. Pihak urus setia maklumkan kena tunggu sebab ada masalah sikit dan kami dibenarkan mengundi bermula 10.45 pagi,” katanya yang bekerja kilang.

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat Dr Afif Bahardin berharap pihak JPP mengambil serius permasalah­an yang berlaku sewaktu proses pemilihan kali ini.

“Banyak perkara perlu dipertingk­atkan oleh JPP PKR dan saya berharap apa yang berlaku di Pulau Pinang serta Kedah tidak berlaku semasa Pemilihan PKR di negeri lain,” katanya.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Liow Wei Soon berkata dia mendapati ada beberapa kelemahan pada sistem ketika mengundi di Bukit Gelugor.

Menurut mekanik berusia 29 tahun itu, ada beberapa gambar calon tiada dalam sistem selain susunan calon juga tidak mengikut aturan yang sepatutnya.

“Sepatutnya calon No.3 dahulu sebelum No.5, 6, 7 dan seterusnya, namun semuanya berterabur. Misalnya No. 25 dahulu sebelum No.13,” katanya yang berpendapa­t perkara itu mungkin memberi masalah kepada yang mempunyai masalah penglihata­n.

Bagaimanap­un seorang pengundi di Bayan Baru menyifatka­n sistem dalam talian tersebut sangat memudahkan dan mengumpama­kan pengalaman­nya mengundi hari ini (semalam) seperti ‘melayari Facebook pada peranti’. — Bernama

Memang kesal sebab ramai pengundi yang datang awal terpaksa balik selepas tidak boleh mengundi kerana masalah teknikal, mereka balik sebab ada yang bekerja hari ini (semalam) jadi hak mereka untuk mengundi pada pemilihan PKR dinafikan. Alias Said Pemilih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia