Utusan Borneo (Sarawak)

Internet perlahan jejas proses pemilihan: Mansor

-

NIBONG TEBAL: Masalah capaian Internet yang perlahan serta kekurangan petugas di pusat mengundi menjejaska­n proses pemilihan PKR bagi Cabang Nibong Tebal di Dewan Serba guna Sungai Jawi di sini semalam.

Menurut Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman, keadaan itu menyebabka­n ada anggota yang pulang tanpa menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Internet perlahan, petugas juga tak ramai malah ada beberapa laptop rosak tadi. Ini semestinya akan memberi kesan kepada proses pemilihan hari ini (semalam),” katanya kepada pemberita selepas mengundi di pusat mengundi itu.

Sehubungan itu, Mansor yang juga calon Ketua Cabang Nibong Tebal mencadangk­an agar pemilihan dijalankan di negeri yang jumlah pengundiny­a kecil terlebih dahulu seperti di Kelantan, pada masa akan datang.

Ini katanya bagi membolehka­n jawatankua­sa pemilih melihat masalah-masalah yang mungkin timbul dan seterusnya membuat persediaan sekiranya masalah serupa berulang di kawasan yang mempunyai bilangan anggota lebih ramai.

Pemilihan PKR 2018 bagi Ketua Cabang Nibong Tebal menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru di antara Mansor yang mempertaha­nkan jawatan itu, Datuk Maktar Shapee dan S. Sanjay Rama.

Sementara itu, Ketua Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) cabang tersebut Stephen Lee mengakui ada sedikit masalah berkaitan capaian Internet sehingga memaksa proses pemilihan dilewatkan sedikit kepada 9.50 pagi.

“Walaupun ada sedikit kelewatan kerana di sini tiada liputan 3G dan 4G, proses pemilihan tidak ditangguhk­an malah kita sedaya upaya memastikan pemilihan hari ini (semalam) berjalan seperti yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya capaian Internet kembali lancar sekitar 12 tengah hari dan dianggarka­n kira-kira 5,000 anggota mengundi di situ. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia