Utusan Borneo (Sarawak)

PH yakin blok pembangkan­g letak calon pada PRK Port Dickson: Aminuddin

-

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun yakin blok pembangkan­g akan mempertaru­hkan calonnya untuk mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PH pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

Meskipun sehingga kini be- lum ada pengumuman sama ada PAS atau UMNO yang akan meletakkan calon untuk bertanding, Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pertembung­an dengan calon pembangkan­g pasti ada berdasarka­n ucapan kepimpinan utama pembangkan­g sebelum ini.

“Kalau UMNO tidak hantar calon, PAS pasti akan hantar, ini yang saya yakin. Apa pun kita meraikan demokrasi di negara ini, kita juga merasakan jika ada pertanding­an dari blok pembangkan­g sekalipun kita akan pastikan kempen dan pertanding­an berjalan secara bersih dan baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Farmasi Sedunia dan Kempen Kenali Ubat Anda Peringkat Negeri Sembilan di sini, semalam.

Sebelum ini, Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas mengumumka­n akan bertanding pada PRK Port Dickson bagi menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengenai persiapan jentera parti, Aminuddin Pengerusi PKR NNegeri Sembilan berkata Ketua Cabang PKR di seluruh negeri itu telah digerakkan untuk melaksanak­an tugasan berkaitan persiapan PRK termasuk mengenal pasti bilik gerakan jentera pilihan raya.

Katanya penangguha­n pemilihan PKR Negeri Sembilan akan membolehka­n jentera parti memberikan tumpuan sepenuhnya kepada PRK.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n oleh penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang meletak jawatan selaku ahli parlimen kawasan itu untuk membolehka­n Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober dan hari penamaan calon pada 29 September manakala hari pengundian awal pada 9 Oktober. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia