Utusan Borneo (Sarawak)

Emery kecewa dengan kealpaan pemainnya pada aksi Liga Europa Khamis lalu, harus serius bertemu Everton malam ini

-

LONDON: Unai Emery memberi amaran kepada bintangnya di Arsenal untuk memperbetu­lkan pertahanan mereka yang rapuh sebelum perlawanan­menentangE­verton dalam Liga Perdana Inggeris pada malam ini (Ahad).

Pasukan Emery melanjutka­n siri kemenangan mereka kepada empat perlawanan dalam semua pertanding­an dengan kemenangan 4-2 ke atas Vorskla Poltava dalam Liga Europa pada Khamis lepas.

Pasukan ‘ The Gunners’ mendahului dengan empat gol menerusi dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang dan jaringan masing-masing daripada Danny Welbeck dan Mesut Ozil.

Namun Emery berang apabila Arsenal bermain sambil lewa pada hujung perlawanan untuk membolehka­n kelab kerdil Vorskla menjaringk­an dua gol.

Ia merupakan kekecewaan terbaharu dalam senarai panjang kelemahan pertahanan bagi Arsenal, yang gagal mengelak gawang daripada dibolosi gol dalam keenamenam perlawanan Emery selaku pengurus.

Arsenal sudah bertahun-tahun mengalami kesukaran di bahagian pertahanan selepas pengurus sebelum Emery, Arsene Wenger, bergelut untuk mencari pemain yang sesuai di barisan pertahanan.

Emery telah membuat perubahan tersendiri, dengan memberi penampilan sulung kepada penjaga gol Bernd Leno pada pertengaha­n minggu di tempat Petr Cech, manakala pemain pertahanan tengah Sokratis Papastatho­poulos tiba pada pramusim dari Borussia Dortmund.

Setakat ini rancangan Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Europa Kumpulan E di antara Arsenal dan Vorskla Poltava di Stadium Emirates London, Khamis lalu. pembetulan cepat itu tidak berhasil, maka Emery telah menyeru kepada pasukannya untuk menunjukka­n sedikit kekentalan dan belajar daripada kesilapan mereka.

“Ia adalah kekecewaan kami. Sedikit demi sedikit, kami melepaskan beberapa peluang kepada pembangkan­g, sama seperti di Newcastle,” kata Emery.

“Namun kami perlu terus memperbaik­i perkara ini kerana pada minit akhir di Newcastle dan sekali lagi pada hari ini dalam tempoh 20 minit terakhir, kami dibolosi dua gol.

“Cabaran kami dalah untuk bermain dengan kompetitif selama 90 minit dalam setiap perlawanan dan ini adalah satu perkara untuk diperbaiki.”

Emery membuat lapan perubahan untuk perlawanan Liga Europa itu dan merehatkan pemain pentingnya untuk kunjungan Everton ke Stadium Emirates.

Namun pengurus dari Sepanyol itu tidak percaya itu harus digunakan sebagai alasan bagi pertahanan rapuh Arsenal.

“Kami bercakap sebelum setiap perlawanan untuk menggunaka­n mentaliti ‘jangan melepaskan peluang dengan mudah’,” ujarnya.

“Saya rasa hari ini adalah peluang yang baik untuk tidak menerima gol, tetapi dalam tempoh 30 minit terakhir, kita perlu bermain dengan lebih baik dalam aspek kompetitif ini.”

Leno, pemain yang direkrut pada musim percutian lalu dari Bayer Leverkusen, mungkin kunci kepada usaha Emery membina semula pertahanan.

Pemain Jerman itu mengalami permulaan yang rumit kepada kehidupan di Arsenal sementara dia menunggu peluang untuk menggantik­an Cech, yang menghadapi masalah untuk menyesuaik­an diri dengan keinginan Emery bagi seorang penjaga gol yang dapat menghantar bola ke atas dari belakang.

D i t a n y a sama ada dia rasa hampa kerana terpaksa menunggu untuk membuat penampilan sulungnya, Leno m e n - j a w a b : “Sudah tentulah k e r a n a saya datang ke kelab ini untuk bermain dalam setiap perlawanan.

 ??  ?? MASIH RAPUH:
MASIH RAPUH:
 ??  ?? SARRI
SARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia