Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan di Piala Dunia lonjakkan semangat Pogba

-

MANCHESTER: Prestasi cemerlang Paul Pogba untuk Manchester United ( MU) pada musim ini adalah bukti bahawa keletihan pasca Piala Dunia ada kaitan dengan mental dan bukan sekadar fizikal, menurut pengurus kelab itu Jose Mourinho.

Pogba memainkan peranan penting dalam laluan Perancis untuk dinobatkan sebagai juara dunia - termasuk menjaringk­an satu gol cantik dalam perlawanan akhir ketika menentang Croatia - di Rusia pada Julai lalu.

Namun demikian, walaupun berehat singkat sahaja pada musim percutian, dia telah dilantik untuk menjadi kapten oleh Mourinho dan bermain dengan mengagumka­n.

Isu tentang keletihan pasca Perang Dunia telah dibahaskan dengan meluas oleh pengurus kelab, dan penyerang Tottenham Harry Kane adalah contoh paling berprofil tinggi bagi mereka yang menghadapi masalah untuk mempamerka­n semula prestasi terbaik mereka.

Bagaimanap­un Mourinho berpendapa­t kejayaan Pogba bersama Perancis telah memberi tenaga tambahan kepada pemain tengah itu.

“Saya rasa keputusan yang baik, dan persembaha­n yang baik, mereka melakukan keajaiban,” kata Mourinho di sidang akhbarnya kelmarin.

“Dan keputusan buruk dan persembaha­n buruk, ia membuatkan anda kelihatan lebih letih, lebih marah, lebih hodoh, lebih segalanya.”

Kenyataan Mourinho pasti dialu- alukan oleh Pogba terutamany­a selepas pengurus Portugis itu dilaporkan menimbulka­n kemarahan pemain berusia 25 tahun itu pada bulan lepas apabila dia membayangk­an Pogba bermain jauh lebih baik untuk Perancis di Piala Dunia berbanding untuk MU pada musim loeps kerana dia tidak dikeliling­i rombongann­ya.

“Paul kembali dari Piala Dunia, dan dia adalah pemain terakhir untuk kembali kerana dia bermain dalam perlawanan akhir,” kata Mourinho. — AFP MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola mendakwa dia gembira dengan prestasi penyerang muda Gabriel Jesus walaupun pemain Brazil itu dipercayai mengalami keletihan setelah kempen negaranya yang mengecewak­an di Piala Dunia.

Pemain berusia 21 tahun itu bermain dalam hanya dua sahaja daripada lima perlawanan liga pada musim ini dan, dalam tempoh itu, menjaringk­an satu gol, dalam kemenangan 6- 1 ke atas Huddersfie­ld di Etihad.

Namun, pada hari penjaga gol rekod City Sergio Aguero menandatan­gani kontrak baharu yang akan mengekalka­nnya di kelab itu selama tiga tahun lalu, Guardiola menegaskan dia gembira dengan perkembang­an Jesus.

“Dia gembira,” kata Guardiola di sidang akhbar sehari sebelum perlawanan liga mereka menentang Cardiff.

“Dia bagus setakat ini dengan persembaha­nnya.

“Pergerakan­nya, tekanannya yang tinggi adalah yang terbaik di dunia.

“Namun dia masih muda dan mereka ada jurang untuk diperbaiki, kami perlu membantu dalam bahagian ketiga terakhir, untuk membuat keputusan, mencari ruang.

“Ia adalah perkara paling penting bagi Gabriel Jesus untuk tahu bahawa dia dapat bertambah baik dan memberi perhatian dalam sesi latihan.”

Sama seperti beberapa bintang berprofil tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Jesus - yang kadang-kadang sejak dua tahun lalu dipilih oleh Guardiola untuk menggantik­an Aguero - memang nampak sukar untuk bermain dengan baik selepas Piala Dunia pada musim panas ini di Rusia.

Brazil bermain di bawah prestasi sebenar pada peringkat kumpulan sebelum mereka tewas kepada Belgium pada peringkat kalah mati di mana Jesus gagal untuk menjaringk­an gol walaupun memulakan kelimalima perlawanan negaranya dalam kejohanan itu.

“Saya tidak ada di Piala Dunia,” kata Guardiola. — AFP

 ??  ?? SARRI POGBA GUARDIOLA
SARRI POGBA GUARDIOLA
 ??  ?? JESUS
JESUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia