Utusan Borneo (Sarawak)

Sarri perlu buat pilihan tepat

-

LONDON: Pengurus Chelsea Maurizio Sarri mempunyai keputusan yang sukar untuk dibuat sama ada memilih Alvaro Morata atau Olivier Giroud untuk perlawanan yang mencabar dengan West Ham pada malam ini (Ahad).

Kelab Stamford Bridge itu menduduki tempat teratas carta Liga Perdana Inggeris selepas lima kemenangan daripada lima perlawanan tetapi senarai perlawanan dikira memihak kepada mereka setakat ini.

Pemain tengah Belgium Eden Hazard merupakan bintang bagi Chelsea setakat ini pada musim ini, dengan jaringan hatrik dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas Cardiff pada minggu lepas untuk mendahului persaingan bagi Kasut But Emas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi siapakah yang akan dipilih oleh Sarri untuk mengetuai barisan di Stadium London?

Sehingga hujung minggu lepas Morata, 25, menjadi pilihan, selepas Giroud, pemenang Piala Dunia bersama Perancis - dan pemain yang lebih mantap dari segi fizikal - memanaskan bangku pemain simpanan.

Namun Giroud mendapat peluang untuk bermain menentang Cardiff dan Hazard tidak merahsiaka­n kekagumann­ya terhadap rakan sepasukann­ya itu, dan memujinya sebagai pemain sasaran terbaik di dunia selepas pemain Perancis itu mencipta dua gol untuk Hazard.

“Olivier adalah seorang pemain sasaran, mungkin yang terbaik di dunia - saya rasa begitu,” kata Hazard, yang dipercayai mahu menjelaska­n siapa yang dia ingin lihat dalam barisan kesebelasa­n utama.

“Apabila dia mendapat bola, dia dapat menahan bola dan kami dapat masuk ke dalam bersamanya, maka itu bagi kami, ia adalah sesuatu yang menyeronok­kan untuk bermain menentangn­ya.

“Apabila Alvaro (Morata) bermain, ia berbeza sama sekali, dia adalah pemain yang berbeza daripada Olivier, tetapi kedua- dua mereka memiliki kualiti yang hebat, jadi saya gembira untuk memiliki penyerang yang baik dalam pasukan.”

Morata, penyerang Sepanyol, dikritik pada musim lepas kerana tidak mempamerka­n sentuhan berbisa setelah memulakan kariernya dengan meyakinkan di Chelsea dan hanya menemui jaring sekali sahaja setakat ini pada musim ini.

Giroud, 31, yang terbatas kepada penampilan sebagai pemain gantian sebelum minggu lepas, belum lagi menjaringk­an gol untuk Chelsea pada musim ini tetapi sudah memberi tiga bantuan dalam EPL. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia