Utusan Borneo (Sarawak)

Segala kemudahan dinaik taraf bersempena SUKMA XIX dijadikan sebagai batu loncatan

-

IPOH: Segala kemudahan yang telah dinaik taraf bersempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memupuk budaya sukan dalam kalangan rakyat di Perak, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

“Ini kerana kita telah membelanja­kan sej u m l a h wang yang banyak untuk menamb a h baik fasiliti dan sebagainya dan saya harap perkara ini akan menyemarak­kan rakyat di Perak untuk melibatkan diri dengan bidang sukan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Dialog Bersama Menteri

Besar Perak dan Menteri Belia dan Sukan, di sini malam kelmarin, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana SUKMA Perak mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai di semua daerah yang menjadi venue pertanding­an.

Katanya perkara itu wajar diberikan pujian kerana ia berjaya membudayak­an sukan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan usia.

“Saya dapati ramai yang keluar menonton acara sukan yang telah dipertandi­ngkan

Saya dapati ramai yang keluar menonton acara sukan yang telah dipertandi­ngkan di setiap daerah. Ini secara tidak langsung mempopular atau membudayak­an sukan di kalangan rakyat. Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak

di setiap daerah masing-masing. Ini secara tidak langsung mempopular atau membudayak­an sukan di kalangan rakyat,” katanya.

Ahmad Faizal bagaimanap­un agak kecewa kerana kontinjen SUKMA Perak gagal mencapai sasaran 50 emas yang ditetapkan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANGKAS: Mohd Ali Yaakub (kiri) ketika beraksi menentang Deok Jea Yoon bagi kategori 57 KG Pada Kejohanan ‘Asia Fighting Championsh­ip’ di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
— Gambar Bernama TANGKAS: Mohd Ali Yaakub (kiri) ketika beraksi menentang Deok Jea Yoon bagi kategori 57 KG Pada Kejohanan ‘Asia Fighting Championsh­ip’ di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia