Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Ali sukar tandingi Deok Jae Yoon

-

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan SEA KL 2017, Mohd Ali Yaakub gagal menandingi kepantasan ditampilka­n Deok Jae Yoon dari Korea Selatan apabila tewas pada saingan Muaythai ‘Asia Fighting Championsh­ip (AFC)’ malam kelmarin.

Walaupun bertarung sehingga ke pusingan akhir ( pusingan ketiga) kategori 57kg, atlet Malaysia berusia 31 tahun itu mengalami kekalahan dengan keputusan 28-29, 27-30, 28-29 dalam acara utama kejuaraan di Axiata Arena di sini.

Peserta Korea Selatan itu mempamerka­n pukulan pantas sejak daripada pusingan pertama, manakala Mohd Ali kelihatan lebih berhati-hati, sebelum pertarunga­n berubah agresif di pusingan kedua selepas muka kedua-dua atlet itu berlumuran darah.

Tiga minit terakhir pertarunga­n menjadi lebih sengit apabila penonton mula bersorak dengan panggilan “Ali! Ali! Ali!”, pada ketika atlet kelahiran Besut itu mengalami kecederaan di kepala dan dahi kanan sebelum beliau meneruskan saingan seminit kemudian.

“Saya minta maaf kepada semua penonton kerana tidak dapat menghadiah­kan kemenangan. Saya sudah memberikan yang terbaik, tapi ia tidak cukup untuk raih kemenangan.

“Lawan saya mempunyai kelebihan kerana beliau lebih tinggi daripada saya. Selepas ini saya terpaksa ke hospital untuk jahit luka di kepala, mungkin perlukan dua jahitan,” katanya selepas pertarunga­n itu.

Pada edisi sulung AFC di Singapura tahun lepas, Mohd Ali mengalami kekalahan ‘knock-out (KO)’ di tangan Ralf Sarol Francisco dari Filipina.

Sementara itu, rakan sepasukan Mohd Amirul Ariffin tumpas kepada peserta terkemuka dari Singapura berusia 23 tahun, Bardon Ng dalam satu lagi kategori utama.

Namun, ia adalah kegembiraa­n berganda buat Mohd Fazzatkie Zaki apabila menundukka­n pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017, Vo Van Dai dari Vietnam bagi kategori 63kg dalam acara sampingan.

Kelmarin, peserta kelahiran Terengganu itu meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 selepas menumpaska­n T. Kabilan Jelevan dari Sarawak. — Bernama

 ??  ?? AHMAD FAIZAL
AHMAD FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia