Utusan Borneo (Sarawak)

AFC B-16: Korea Utara gagal meraih tiga mata penuh

-

PETALING JAYA: Korea Utara gagal meraih tiga mata penuh setelah seri 22 menentang Jordan pada aksi pembukaan kumpulan B Kejuaraan Bawah 16 (B16) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini malam kelmarin.

Pada aksi itu, Korea Utara membuka tirai jaringan pada minit ke- 20 menerusi Kim Kang-song yang memanfaatk­an keadaan kelam kabut di dalam kawasan penalti Jordan, sebelum Mohannad Jehad Ahmad Semreen menyamakan kedudukan untuk Jordan pada minit ke-31 setelah menerima hantaran Rashed Ibrahim Alhanahneh.

Tersentak dengan gol penyamaan berkenaan, Korea Utara kembali menyusun permainan dan Kang- song meledak gol peribadi kedua perlawanan pada penghujung babakperta­masetelahm­enerima hantaran rakan sepasukan.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua- dua pasukan saling bertukar asakan, namun nasib lebih menyebelah­i Jordan yang b e r j a y a m e n y a m a k a n kedudukan menerusi jaringan Amer Rasem Jamous pada minit ke-75 dan kedudukan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, juara dua kali, Oman mengatasi Yemen 2-0 pada satu lagi aksi kumpulan B yang berlangsun­g pada sebelah petang di venue yang sama.

Korea Utara akan menentang Yaman manakala Jordan berdepan Oman pada aksi kedua kumpulan B di venue yang sama dengan keduadua perlawanan berkenaan akan berlangsun­g di Stadium MBPJ pada 24 September ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia