Utusan Borneo (Sarawak)

Monaco gagal manfaat beraksi di laman sendiri

-

LYON: Kesusahan Monaco di tempat sendiri berterusan kelmarin apabila mereka mensiasiak­an beberapa peluang dalam keputusan seri 1- 1 dengan Nimes untuk meneruskan siri tanpa kemenangan kepada enam perlawanan.

Monaco belum lagi menang di Stade Louis II pada musim ni.

Dalam perlawanan liga terakhir mereka di stadium sendiri, mereka tewas kepada Marseille dan pada Selasa lepas dikalahkan oleh pasukan pelawat Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara.

Nimes, yang naik ke liga utama pada musim ini, menjaringk­an gol pendahulua­n selepas 19 minit.

Kapten Anthony Briancon melompat tanpa dicabar untuk menyambut bola tendangan percuma daripada Antonin Bobichon dan melakukan tandukan kencang di antara tangan penjaga gol Diego Benaglio. Ia merupakan gol pertama pemain pertahanan tengah itu dalam Ligue 1.

Kapten Monaco Radamel Falcao menyamakan kedudukan lapan minit kemudian selepas dia mengasak pertahanan Nimes yang berundur dan meledakkan rembatan rendah sejauh 20 meter.

Monaco memdominas­i perlawanan tetapi dihampakan oleh penjaga gol Nimes Paul Bernadoni yang menyelamat­kan cubaan demi cubaan dan oleh pembaziran mereka sendiri.

Kegagalan terburuk untuk menjaringk­an gol, kedua-duanya dari jarak dekat, adalah daripada Falcao, yang merembat bola yang terkena palang gol, dan Moussa Sylla yang mensia-siakan peluang apabila dia menendang bola tinggi seminit selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian.

Monaco nyaria menanggung akibatnya apabila Briancon melakukan cubaan yang terkena palang gol dalam masa tambahan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia