Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan cemerlang pesilat Sarawak amat membanggak­an: Fazzrudin

-

KUCHING: Kejayaan atletatlet pencak silat Sarawak merangkul empat pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada temasya SUKMA XIX Perak 2018 disambut dengan nada gembira oleh Penolong Ketua Kontinjen SUKMA XIX Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata, prestasi atlet-atlet pencak silat Sarawak kali ini tidak mengecewak­an dengan menepati ramalan mencapai sasaran empat pingat emas.

“Alhamdulil­lah, skuad pencak silat telah berjaya merangkul empat emas, empat perak dan empat gangsa. Kita juga berbangga kerana sembilan pesilat berjaya ke separuh akhir dalam acara silat olahraga.

“Kali terakhir kita berjaya masuk ke separuh akhir dengan begitu ramai pada SUKMA 90-an. Ini membuktika­n program pembanguna­n yang dilaksanak­an oleh Rumpun Silat Sarawak ( RSS) sejak dua tahun lalu menampakka­n hasil,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Fazzrudin yang juga Timbalan Presiden RSS turut berterima kasih dengan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sebagai salah satu tonggak di sebalik kejayaan skuad silat Sarawak melalui bantuan dan sokongan dalam menjayakan pelbagai program pembanguna­n silat.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n terhadap RSS wilayah di seluruh Sarawak yang membantu dalam mencungkil bakat-bakat baharu.

“Saya berasa begitu bangga dengan pencapaian ini dan ingin mengucapka­n tahniah kepada semua pesilat bimbingan jurulatih muda kita, Fadzil Jemain serta barisan jurulatih lain,” katanya.

Pingat emas Sarawak hadir menerusi Syed Mohd Faiz Saiyid Abdillah (lelaki kelas bebas 85-110kg), Mohd Shafiee Zaidi, Emran Iman Abu Bakar dan Muhammad Nazri Saiful Bahri ( lelaki regu berpasukan), Ester Tera Empi (wanita kelas bebas 6590kg) dan Nur Amali Jamali, Putri Reena Syazwiena Mohamad Sabri (wanita ganda beregu).

Perak disumbangk­an Mohd Abdul Latif Maxzakir (lelaki kelas G 75- 80kg), Mohd Adam Abdullah (lelaki kelas I 85- 90kg), Raveena Jeno (wanita kelas E 65-70kg) dan Mia Maneesha Amir Mahmud, Nur Qistina A. Rahim, Farrah Hannim Ismail (regu wanita).

Gangsa dimenangi Mohd Ashraf Amirul Razaman ( lelaki kelas C 55- 60kg), Mohammad Haffizie Maxzakir (lelaki kelas D 60-65kg), Syahman Sulaiman (lelaki kelas H 80-85kg) dan Nursyafida­tul Atiqah Samsudin (wanita kelas D 60-65kg).

 ??  ?? GEMBIRA: Fazzrudin dan Ketua Kontinjen SUKMA XIX Sarawak, Datuk Snowdan Lawan (tengah) bersama atlet-atlet silat, jurulatihj­urulatih serta pegawai kontinjen Sarawak.
GEMBIRA: Fazzrudin dan Ketua Kontinjen SUKMA XIX Sarawak, Datuk Snowdan Lawan (tengah) bersama atlet-atlet silat, jurulatihj­urulatih serta pegawai kontinjen Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia