Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan skuasy lelaki sumbang koleksi pingat terakhir

-

IPOH: Hari terakhir temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) Perak 2018 menyaksika­n pasukan skuasy lelaki berjaya menyumbang pingat perak sekali gus koleksi pingat terakhir buat kontinjen Sarawak semalam.

Pingat perak itu diperolehi menerusi acara berpasukan lelaki selepas tewas (2-1) menentang Wilayah Persekutua­n yang memenangi pingat emas pada aksi final berlangsun­g di Arena Squash, Kompleks Sukan MBI, di sini.

Pada saingan itu, satu mata berharga diperolehi melalui perseorang­an ketiga, Ma Teck Leck hasil kemenangan 3-0 mengatasi Jared Michael Nalliah.

Kejayaan memperoleh­i mata itu berjaya mengembali­kan kegagalan dua pemain perseorang­an sebelumnya, Nathan Kueh Tze dan Marcus Sim Wei yang tewas (3-1, 3-0) di tangan lawan masing-masing, Muhammad Aqif Ampandi dan Ng Eain Yow.

Dalam perkembang­an lain, lima acara berbasikal turut melibatkan atlet Sarawak yang berlangsun­g di Velodrome Rakyat di sini.

Bagaimanap­un, kekecewaan diperolehi apabila skuad basikal gagal menghadiah­kan sebarang pingat untuk kontinjen Sarawak semalam.

Aksi terakhir final berbasikal acara keirin wanita menyaksika­n Naziatul Azzua Ilias hanya sekadar mampu berada pada kedudukan kelima.

Sementara itu, acara tenpin boling berlangsun­g di Ampang Superbowl di sini menutup tirai malam kelmarin dengan atlet Sarawak berjaya meraih satu pingat emas dan satu perak.

Pingat emas diperolehi menerusi kategori master lelaki oleh atlet handalan Abang Afiq Yazid Abang Azman yang berjaya menewaskan atlet Melaka, Muhammad Hasif Alihanafia­h selaku pemenang pingat perak dengan mengumpul 267-259 mata.

Sementara itu, pingat perak tenpin boling diraih Nur Aina Kamalia Abdul Ayub setelah tewas (148-180) di tangan atlet Pahang, Fatin Najihah Azhar selaku pemenang pingat emas bagi acara master wanita.

 ??  ?? RAIH EMAS: Abang Afiq Yazid (tengah) membawa pulang emas melalui acara master lelaki malam kelmarin.
RAIH EMAS: Abang Afiq Yazid (tengah) membawa pulang emas melalui acara master lelaki malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia