Utusan Borneo (Sarawak)

Rinna, jurusolek yang menyimpan hasrat membuka butik perkahwina­n

-

MEMBUKA kedai butik perkahwina­n sendiri merupakan impian jangka masa panjang bagi Samarinna yang lebih mesra dipanggil Rinna.

Minat terhadap solekan menjadikan Rinna ingin mendalami ilmu bidang tersebut dan seterusnya membuka perniagaan sendiri meskipun umur masih muda.

“Membuka butik perkahwina­n sendiri memerlukan modal yang besar. Saya perlu mengumpul modal untuk mencapai impian ini,” ujarnya yang berjinak-jinak dalam bidang ini pada 2014.

Bekerja dan menguruska­n Nama: Samarinna Tolhip Umur: 22 tahun Berat/tinggi: 55kg/168sm Bangsa: Bidayuh Pekerjaan: Jurusolek Hob: Melancong Instagram/FB: makeupbyri­nna perniagaan sendiri menjadikan dia belajar hidup berdikari walaupun tidak memiliki kedai sendiri pada masa ini.

“Biasanya pelanggan meminta datang ke tempat mereka seperti rumah dan hotel jika ingin mendapatka­n perkhidmat­an solekan.

“Kebanyakan pelanggan terdiri daripada wanita yang akan menghadiri majlis makan malam di hotel,” ujarnya Rinna yang mudah bergaul.

Secara purata, dia memperoleh­i 40 pelanggan.

Jumlah ini lazimnya bertambah apabila musim perayaan. Masa untuk menyiapkan solekan antara 30 minit ke sejam.

Caj dikenakan berpatutan, iaitu bermula RM90 bagi solekan dan dandanan rambut menghadiri majlis, manakala bagi solekan dan dandanan rambut pengantin bermula RM200.

Menyifatka­nnya sebagai seorang yang berani mengambil risiko, Rinna menceburi bidang ini kerana menghiburk­an, malah berpuas hati apabila melihat seseorang bertambah cantik apabila disolek.

“Saya seorang yang suka mencuba perkara baharu, misalnya mencuba jenis dan teknik solekan berbeza sesuai dengan pelanggan,” jelasnya yang sentiasa berfikiran terbuka apabila menerima kritikan pelanggan.

Dia yang mementingk­an jenama alat solek, akan memperbaik­i mutu solekan berdasarka­n kritikan pelanggan kerana baginya kepuasan pelanggan adalah paling utama untuk kekal lama dalam bidang ini.

Berbicara tentang masa depan karier ini, Rinna optimis ia merupakan bidang yang sentiasa berkembang kerana seseorang wanita gemar dipuji cantik apabila muncul pada majlis.

“Permintaan untuk solekan masih banyak dan jurusolek sambilan juga kian banyak.

“Apa yang penting kita bersaing dalam perniagaan dengan cara sihat, tidak perlu ada unsur-unsur negatif bertujuan menjatuhka­n pesaing. Persaingan itu normal dalam perniagaan,” jelasnya.

Selain jurusolek, Rinna tidak kekok beraksi depan lensa kamera ketika menjalani sesi penggambar­an.

Dia pernah menjadi model untuk pakaian ciptaan baharu pereka fesyen tempatan, juga menjadi model untuk fotografi.

Mengenai bidang ‘modelling’ di Kuching, Rinna berkata ia mempunyai potensi untuk berkembang sejajar dengan peningkata­n taraf hidup penduduk bandar raya ini.

 ??  ?? MUDAH BERKAWAN:
MUDAH BERKAWAN:
 ??  ??
 ??  ?? SENTIASA BELAJAR: Antara pelanggan Rinna. Gambar menunjukka­n sebelum dan selepas disolek.
SENTIASA BELAJAR: Antara pelanggan Rinna. Gambar menunjukka­n sebelum dan selepas disolek.
 ??  ?? TERIMA KRITIKAN: Rinna menerima kritikan membina demi memperbaik­i mutu solekannya.
TERIMA KRITIKAN: Rinna menerima kritikan membina demi memperbaik­i mutu solekannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia