Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Pocket Park’ Laman Lucky Garden tarikan terbaharu di Bangsar

-

‘POCKET Park’ Laman Lucky Garden bakal menjadi tarikan terbaharu di Bangsar sebagai ruang beriadah yang dikeliling­i tumbuhantu­mbuhan hijau buat komuniti di kawasan itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata pocket park berkeluasa­n 600 meter persegi itu pada asalnya adalah ruang terbiar telah dinaik taraf menjadi ruang rekreasi yang kini boleh memanfaatk­an warga kota.

Kerja-kerja di tapak telah bermula pada 2 Mei lepas dan telah siap sepenuhnya pada 16 Sept lepas yang menelan kos sebanyak RM500,000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pocket Park Laman Lucky Garden di Kuala Lumpur, kelmarin.

Fahmi berkata pembinaan pocket park ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf kawasan Lucky Garden yang merangkumi naik taraf laluan pejalan kaki, penanaman pokokpokok, memasang lampu jalan, memasang papan tanda dan menambah petak parkir.

“Projek-projek naik taraf itu adalah bagi meningkatk­an keselamata­n dan keselesaan komuniti setempat, selain memanfaatk­an kawasan terbiar untuk dijadikan ruang awam yang aktif.

“Ia juga dapat mencetuska­n ‘sense of belonging’ dalam kalangan komuniti supaya bersamasam­a menghargai dan menjaga kemudahan yang disediakan bagi membantera­s vandalisme,” katanya. Fahmi berkata penglibata­n komuniti Lucky Garden dalam menaik taraf kawasan ini akan menjadi contoh dan rujukan kepada komuniti lain di ibu kota. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Fahmi ketika merasmikan ‘Pocket Park’ di Taman Lucky Bangsar dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
— Gambar Bernama SIMBOLIK PERASMIAN: Fahmi ketika merasmikan ‘Pocket Park’ di Taman Lucky Bangsar dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? NAIK TARAF: Ahmad Fahmi ketika melihat pelan landskap. Turut sama Pengarah Eksekutif (Penbanguna­n Sosioekono­mi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusoff (dua kiri).
— Gambar Bernama NAIK TARAF: Ahmad Fahmi ketika melihat pelan landskap. Turut sama Pengarah Eksekutif (Penbanguna­n Sosioekono­mi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusoff (dua kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? MENGHARGAI: Fadzil meletakkan tanda skor markah ketika melihat pelan landskap pada majlis perasmian.
— Gambar Bernama MENGHARGAI: Fadzil meletakkan tanda skor markah ketika melihat pelan landskap pada majlis perasmian.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Fadzil ketika melihat pelan menaik taraf landskap Bulatan Taman Garden.
— Gambar Bernama TERTARIK: Fadzil ketika melihat pelan menaik taraf landskap Bulatan Taman Garden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia