Utusan Borneo (Sarawak)

LeBron berganding dengan pengarah untuk

-

DUA bulan lalu, bintang bola keranjang LeBron James menyertai pasukan Los Angeles Lakers. Sekarang, dia menyahut cabaran di Hollywood dengan cara yang besar.

Sekuel yang sudah lama dinanti-nantikan kepada ‘Space Jam’ - filem animasi-aksi hidup pada 1996 yang dibintangi beberapa legenda NBA, Michael Jordan, Larry Bird, Charles Barkley dan Patrick Ewing - akhirnya akan bergerak ke hadapan.

Syarikat penerbitan King James, SpringHill Entertainm­ent, pada Rabu lepas mempamerka­n di Twitter imej sebuah bilik persalinan yang memaparkan nama-nama James, pengarah ‘Black Panther’ Ryan Coogler sebagai penerbit dan ... Bugs Bunny sendiri sebagai ‘point guard’.

“Saya suka sekali dengan visinya” untuk ‘Black Panther’, kata James mengenai Coogler kepada The Hollywood Reporter.

Pembuat filem bebas Terence Nance - penerbit komedi aneh terbitan HBO ‘Random Acts of Flyness’ - dijangka akan mengarahka­n filem itu untuk Warner Brothers.

Filem asal memaparkan watak Looney Tunes - Bugs, Daffy Duck dan rakan-rakan - yang merekrut Jordan untuk membantu mereka memenangi perlawanan bola keranjang menentang The Monsters, sebuah pasukan yang dianggotai penjahat makhluk asing animasi yang mencuri bakat ikon NBA lain.

‘Space Jam 2’ sudah sekian lama menjadi khabar angin, tetapi tweet pada Rabu lepas menjelaska­n projek itu akan dijalankan.

Ini bukan kali pertama James, yang menandatan­gani kontrak bersama pasukan Lakers pada Julai lalu, melibatkan diri dalam dunia lakonan, tetapi ini adalah kali pertama dia memegang watak utama.

Dia pernah memegang watak sokongan yang diterima baik dalam filem arahan Amy Schumer ‘Trainwreck’ (2015) dan mempunyai peranan suara dalam filem cerita animasi terbitan Warner Brothers ‘Smallfoot’, yang akan ditayangka­n di pawagam Malaysia pada 27 September ini.

Dia turut menerbitka­n siri HBO ‘The Shop’, di mana nama besar dalam dunia sukan dan dunia hiburan bercakap mengenai isuisu besar yang dihadapi Amerika dalam kedai gunting.

“Kerjasama Space Jam adalah jauh lebih bermakna daripada sekadar saya dan Looney Tunes yang bergabung untuk membuat filem ini,” kata James kepada The Hollywood Reporter.

“Ia jauh lebih besar. Saya ingin sekali melihat kanak-kanak memahami bagaimana mereka dapat rasa diperkasak­an dan bagaimana mereka dapat diperkasak­an jika mereka tidak berputus asa dalam usaha mereka mengejar impian mereka. Dan saya rasa Ryan melakukan itu bagi ramai orang.”

‘Space Jam’ mengutip lebih AS$230 juta di ‘box office’ seluruh dunia. ‘Black Panther’ pula mengaut lebih AS$1.3 bilion. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia