Utusan Borneo (Sarawak)

12 dibunuh dalam serangan jihad di utara Mozambique

-

MAPUTO: Dua belas penduduk kampung telah terbunuh dan 14 tercedera dalam satu serangan oleh pejuang jihad yang disyaki di sebuah kampung di sebuah wilayah yang kaya dengan gas di utara Mozambique, seorang sumber tempatan memberitah­u AFP kelmarin.

Sejak Oktober, kerajaan merancang untuk mengeksplo­itasikan simpanan gas negara yang telah berada dalam kesangsian akibat satu letupan oleh serangan berdarah di wilayah di mana industri itu merancang untuk menempatka­n habnya.

“Sepuluh orang telah ditembak (mati) oleh senjata api dan dua orang mati terbakar,” sumber menyatakan tentang keganasan yang berlaku pada lewat Khamis lepas di kampung Paqueue yang terletak berhampira­n dengan kepulauan pelanconga­n Quirimbas.

Salah seorang dari mangsa tembakan telah turut dipenggal kepalanya dan penyerang telah membakar 55 rumah, jelas sumber itu lagi.

Pihak medik menyatakan seramai 14 telah tercedera dalam serangan.

Dalam satu insiden berasingan seterusnya di utara, penyerang bersenjata telah menyerang satu konvoi ketenteraa­n berhampira­n sempadan Tanzania pada malam Khamis, membunuh seorang pegawai kanan tentera, menurut sumber polis.

“Penyerang itu memakai pakaian seragam tentera dan mempunyai senjata yang berkaliber besar,” sumber memberitah­u AFP, bercakap dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a.

Sejak Oktober, lebih dari 40 telah terbunuh dalam serangan senjata dan parang terhadap penduduk kampung yang tidak bersenjata di wilayah pantai.

Pasukan keselamata­n telah mengerahka­n pasukan bantuan ke kawasan yang kelihatan tidak mampu untuk menghalang serangan. Dalam ketakutan, ramai orang awam yang meninggalk­an rumah mereka dan satu kesan buruk yang melibatkan rancangan perluasan tersebut.

Pada Jun lalu ketika melawat Palma, salah satu dari kawasan yang teruk terjejas akibat serangan, Presiden Filipe Nyusi telah berjanji bahawa pasukan keselamata­n akan bersikap “tegas dan kejam” dalam memburu pejuang jihad tersebut.

Wilayah itu pada asalnya sunyi sejak beberapa bulan lepas namun serangan terbaharu adalah berkemungk­inan untuk menambahka­n ketakutan bahawa keganasan yang mula tumbuh telah bergabung semula.

Pihak polis tidak membalas panggilan bagi komen mengenai pertumpaha­n darah terbaharu.

Penduduk tempatan dan pihak berkuasa telah menyatakan penyerang Al-Shabaab, walaupun kumpulan tidak mempunyai kaitan dengan pihak Islamis Somali, mahupun tentang ia mengemukak­an sebarang pengakuan bertanggun­gjawab atau tuntutan.

Menurut kepada penyelidik akademik, kumpulan itu ingin melaksanak­an undangunda­ng syariah di wilayah yang mempunyai penduduk majoriti Islam.

Penyerang telah dipercayai sebagai melakukan serangan pertama mereka ke atas balai polis dan pusat pemeriksaa­n tentera di pekan utara Mocimboa dan Praia pada

Oktober 2017. Dua pegawai meninggal dunia dan 14 penyerang telah terbunuh.

Pada beberapa minggu kemudian, sekurang-kurangnya 300 penduduk Islam telah ditangkap, sebahagian daripada mereka adalah rakyat Tanzania dan beberapa masjid ditutup serta kemudian munculnya kecurigaan terhadap penduduk di wilayah itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia