Utusan Borneo (Sarawak)

Mario Gomez wartawan kesembilan dibunuh di Mexico tahun ini

-

TUXTLA GUTIRREZ: Penyerang bersenjata telah menembak dan membunuh seorang wartawan Mexico ketika beliau meninggalk­an kediamanny­a di wilayah selatan Chiapas, menurut akhbarnya kelmarin, dikatakan wartawan kesembilan dibunuh di negara tersebut pada tahun ini.

Mario Gomez, seorang wartawan dengan El Heraldo de Chiapas, merupakan mangsa terbaharu dalam satu gelombang keganasan terhadap media di Mexico, negara kedua berbahaya di dunia bagi wartawan selepas Syria yang dilanda peperangan, menurut kumpulan pemerhati Reporters Without Borders.

“Baru-baru ini beliau te- lah memfailkan satu aduan kerana beliau telah menerima ugutan,” seorang rakan setugasnya dalam akhbar tersebut memberitah­u AFP dengan syarat namanya dirahsiaka­n.

Akhbar menyatakan Gomez, seorang koresponde­n bagi berita umum di pekan Yajalon, telah keluar untuk pergi bekerja ketika dua lelaki tidak dikenali telah tiba dan “membunuh beliau secara kejam” dengan satu siri tembakan ke bahagian perut.

Gomez, 35, telah dibawa ke hospital namun telah meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya, menurutnya.

“Kami menyeru bagi satu siasatan sepenuhnya untuk memburu mereka yang bertanggun­gjawab bagi jenayah ini,” tulis rakan setugasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang akhbar tersebut.

Pejabat pendakwa raya negara menyatakan dalam satu kenyataan ia akan “mengikuti semua peringkat siasatan bagi mengetahui tentang jenayah keji dan membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JENAYAH KEJAM: Kombinasi gambar ini menunjukka­n Robicheaux (kiri) dan Riley yang dikeluarka­n oleh Pejabat Peguam Daerah Orange County di California, kelmarin.
— Gambar AFP JENAYAH KEJAM: Kombinasi gambar ini menunjukka­n Robicheaux (kiri) dan Riley yang dikeluarka­n oleh Pejabat Peguam Daerah Orange County di California, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia