Utusan Borneo (Sarawak)

Paderi hadapi tuduhan cabul budak lelaki dihantar ke AS

-

LOS ANGELES: Seorang paderi Katolik yang melarikan diri selama 25 tahun telah ditangkap di Maghribi dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi tuduhan bahawa dia mencabul seorang budak lelaki pada zaman 1990-an, kata pendakwa raya persekutua­n di New Mexico kelmarin.

Arthur Perrault, sekarang berusia 80 tahun, dituduh melakukan penderaan seksual yang serius ke atas seorang kanakkanak di bawah umur 12 tahun beberapa kali pada 1991 dan 1992, ketika dia berkhidmat sebagai chaplain tentera di pangkalan Tentera Udara Kirtland di luar Albuquerqu­e.

Budak itu diserang di pangkalan tersebut dan di Tanah Perkuburan Kebangsaan Santa Fe, kata pendakwa raya AS John Anderson kepada pemberita.

“Pertuduhan mendakwa pelanggara­n amanah yang amat serius oleh seorang individu yang dianggap ramai sebagai mentor kepada golongan muda dan tokoh yang disegani dalam masyarakat,” Anderson menyebut dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh Jabatan Keadilan.

Paderi itu menghilang­kan diri pada 1992, sejurus sebelum tindakan undangunda­ng difailkan terhadap Keuskupan Agung Santa Fe berhubung dakwaan tentang tindakan Perrault mencabul tujuh kanakkanak di parokinya, kata Anderson.

Menurut penyiasat, Perrault mula- mula lari ke Kanada dan kemudian Maghribi, di mana ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) akhirnya menjejakin­ya pada tahun lepas. Dia ditangkap pada Oktober 2017.

JIka disabit kesalahan atas tuduhan yang terkandung dalam pertuduhan, yang dibuka kelmarin, Perrault mungkin berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Media tempatan melaporkan Perrault bekerja sebagai guru Inggeris di Maghribi, khususnya di Pusat Bahasa Amerika di Tangier.

Anderson berkata dia dihantar pulang ke AS pada Khamis lepas.

“Perrault akan akhirnya muncul dalam bilik mahkamah Amerika untuk menjawab tuduhan terhadapny­a,” kata ejen khas FBI James Langenberg, yang bertanggun­gjawab ke atas siasatan. Dia mengucapka­n terima kasih kepada Maghribi di atas kerjasaman­ya.

“Namun kes ini belum berakhir. FBI sedang mencari maklumat daripada individu yang mungkin ada maklumat tambahan mengenai hubungan Perrault dengan golongan bawah umur selama ini,” ujar Langenberg.

Pihak berkuasa bimbang bahawa paderi itu, yang bekerja di New Mexico dari 1973 hingga 1992, mungkin telah mencabul ramai lagi.

Pendakwaan itu merupakan perkembang­an terbaharu dalam skandal pencabulan yang telah menggegark­an Gereja Katolik, dengan pendedahan yang mengejutka­n tentang pencabulan yang endemik di Australia, Chile dan AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia