Utusan Borneo (Sarawak)

Polis temui petunjuk baharu pakar bedah, teman wanita beri dadah, rogol mangsa

-

LOS ANGELES: Pihak berkuasa di California menyatakan kelmarin mereka telah menerima beberapa petunjuk baharu dari kemungkina­n mangsa baharu bagi seorang pakar bedah AS dan teman wanitanya yang telah didakwa memberikan dadah dan menyerang secara seksual dua wanita.

Peguam Daerah Orange County Tony Rackauckas menyatakan lebih dari 12 petunjuk tersebut boleh diterima dan penyiasat tersebut sedang menyiasat jenayah yang mungkin telah berlaku beberapa tahun lepas.

Pakar bedah, Grant Robicheaux berusia 38 tahun, dan teman wanitanya berusia 31 tahun, Cerissa Riley, dikatakan menyasarka­n mangsa mereka di barbar dan restoran, namun mungkin telah menggunaka­n aplikasi berpacaran seperti Tinder dan Bumble.

“Kami telah memperluas­kan siasatan kami ke beberapa negeri dan termasuk bahagian lain di California,” menurut Rackauckas.

“Para wanita, tolong berhati-hati ketika anda menemui orang di dalam aplikasi sebegini. Kamu tidak mengetahui apa yang mungkin berlaku, apa yang ada di sebalik satu senyuman yang menawan.”

Dalam dua kes yang telah membawa kepada tuduhan jenayah, pasangan itu telah dituduh sebagai menggunaka­n ekstasi, dadah untuk merogol dan kokain bagi melemahkan mangsa mereka sebelum menyerang mereka di rumah Robicheaux di Newport Beach.

Pihak pendakwa raya menyatakan bahawa seorang lelaki telah tampil dengan tuduhan terhadap pasangan itu.

Robicheaux yang pernah muncul dalam rancangan televisyen Bravo ‘ Online Dating

Rituals of the American Male’ sementara Riley dijangka akan menghadap tuduhan pada 25 Oktober.

Sekiranya disabitkan, Robicheaux berdepan dengan hukuman penjara sehingga 40 tahun. Riley akan berdepan hukuman penjara selama 30 tahun.

Pihak penyiasat sedang menyiasat ratusan video bagi serangan tersebut yang telah ditemui di dalam telefon Robicheaux selepas dia ditangkap.

Peguam bagi Robicheaux dan Riley telah menafikan tuduhan.

Robicheaux dan Riley telah dibebaskan dengan bon berjumlah $ 100,000. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia