Utusan Borneo (Sarawak)

Hollande cetus kontrovers­i di India beli jet pejuang Rafale

-

NEW DELHI: Bekas presiden Perancis Francois Hollande telah mencetuska­n kontrovers­i berhubung pembelian 36 jet pejuang Rafale bernilai berbilion dolar oleh India pada 2016, dengan menyatakan Perancis tidak diberi pilihan lain mengenai rakan untuk syarikat pembuatan Dassault di India.

Kenyataan yang beliau buat kelmarin mencetuska­n perdebatan mengenai subjek yang telah mendapat perhatian yang signifikan di India beberapa minggu lalu, sejak pembangkan­g parti Kongres menuduh Perdana Menteri Narendra Modi lebih memihak kepada sebuah konglomera­t swasta daripada sebuah syarikat awam dalam perjanjian pesawat berkenaan.

Parti itu mendakwa Modi memberikan layanan istimewa kepada tokoh perindustr­ian Anil Ambani, pengerusi bilionair Kumpulan Reliance, dan mengetepik­an Hindustan Aeronautic­s Limited (HAL) yang diurus oleh kerajaan.

Pegawai di India dan Perancis berkata Dassault telah memilih secara bebas bekerjasam­a dengan Reliance, walaupun Ambani tidak ada pengalaman sebelum ini dalam sektor aeronautik.

“Kami tidak ada suara dalam perkara itu,” kata Hollande dalam laman sesawang siasatan Mediapart.

“Ia adalah kerajaan In- dia yang mencadangk­an kumpulan perkhidmat­an ini (Reliance), dan Dassault yang berunding dengan Ambani.

“Kita tidak ada pilihan, kita menerima pembicara yang diberikan kepada kami,” ujar Hollande, yang menjadi presiden Perancis daripada 2012-2017.

Syarikat Perancis, Dassault, menghabisk­an masa bertahun-tahun untuk berunding mengenai satu perjanjian bagi 126 jet pejuang yang akan dibuat di India bersama HAL, tetapi rundingan sudah tergendala.

Ketika mula memegang kuasa, kerajaan Modi membatalka­n rundingan dan memutuskan untuk membeli secara terus 36 jet yang dibuat di Perancis.

Hollande menafikan sebarang konflik kepentinga­n dengan Reliance, yang membiayai sebahagian daripada sebuah filem yang diterbitka­n oleh teman wanitanya Julie Gayet pada 2016.

“Selain itu, itulah sebabnya kenapa kumpulan ini (Reliance) tidak perlu memberikan ucapan terima kasih kepada saya bagi apa-apa. Saya malah tidak dapat membayangk­an sebarang hubungan dengan sebuah filem daripada Julie Gayet.”

Bercakap kepada AFP di acara sampingan pada satu mesyuarat di Kanada kelmarin, bekas pemimpin Perancis itu menegaskan Perancis “tidak memilih Reliance sama sekali”.

Apabila ditanya sama ada India telah memberi tekanan kepada Reliance dan Dassault unuk menjalin kerjasama, Hollande berkata beliau tidak tahu dan “hanya Dassault sahaja yang dapat mengulas mengenai perkara ini”.

Ketika dihubungi AFP, kedutaan Perancis di New Delhi tidak mahu mengulas.

Kementeria­n Pertahanan India menulis dalam Twitter bahawa kerajaan India mahupun kerajaan Perancis “tidak ada suara dalam keputusan komersil”.

Kementeria­n Luar Perancis kemudian mengeluark­an satu kenyataan yang menyebut “kewajipan tunggal kerajaan Perancis adalah untuk menjamin penyampaia­n dan kualiti peralatan”.

Paris “sama sekali tidak terbabit dalam pemilihan rakan perindustr­ian di In- dia”, ujarnya.

Dassault Aviation pula menyebut dalam satu kenyataan kelmarin bahawa kontrak itu dalah “satu perjanjian kerajaan dengan kerajaan”.

Presiden Kongres Rahul Gandhi, yang telah mengetuai fokus pembangkan­g kepada perjanjian itu, menulis: “Terima kasih kepada Francois Hollande, kita sekarang tahu beliau (Modi) sendiri menyampaik­an perjanjian bernilai berbilion dolar kepada Anil Ambani yang bankrap.

“PM telah mengkhiana­ti India. Dia telah memalukan darah askar-askar kita,” ujar Gandhi.

Syarikat pembuatan asing yang memperoleh­i kontrak senjata di India wajib melabur semula sebahagian daripada jumlah yang dikumpul di India.

Di bawah perjanjian Rafale, Perancis mesti membelanja­kan jumlah sebanyak setengah daripada lapan bilion euro (RM37.6 bilion) yang dibayar oleh kerajaan India.

Dassault sudah melabur lebih 100 juta euro (RM470 juta) dalam usaha sama dengan Reliance.

India pengimport pertahanan terbesar di dunia telah melabur puluhan bilion dolar untuk menaik taraf perkakasan ketenteraa­n era Soviet bagi menangani pertikaian wilayah sejak sekian lama dengan dengan jirannya yang memiliki senjata nuklear, termasuk China yang semakin kuat.

Ia berhasrat untuk menggunaka­n bayaran ganti rugi seperti di dalam perjanjian Rafael untuk mewujudkan industri pertahanan tempatan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? JADI ISU: Gambar fail ini diambil pada 9 Jun 2018 menunjukka­n sebuah jet pejuang Rafale dari tentera laut Perancis beraksi semasa pertunjuka­n kapal terbang antarabang­sa di Biscarross­e, barat daya Perancis. Hollande kelmarin telah mencetuska­n kontrovers­i berhubung pembelian 36 jet pejuang Rafale bernilai berbilion dolar oleh India pada 2016.
— Gambar AFP JADI ISU: Gambar fail ini diambil pada 9 Jun 2018 menunjukka­n sebuah jet pejuang Rafale dari tentera laut Perancis beraksi semasa pertunjuka­n kapal terbang antarabang­sa di Biscarross­e, barat daya Perancis. Hollande kelmarin telah mencetuska­n kontrovers­i berhubung pembelian 36 jet pejuang Rafale bernilai berbilion dolar oleh India pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia