Utusan Borneo (Sarawak)

Biskop India rogol rahib ditangkap

-

NEW DELHI: Seorang biskop India dituduh oleh seorang rahib merogolnya telah ditangkap kelmarin, dalam satu kes penderaan berprofil tinggi yang telah menimbulka­n bantahan kemarahan oleh golongan paderi bagi ketidakgia­tan polis, lapor Press Trust of India.

Biskop Franco Mulakkal telah ditangkap pada petang kelmarin, sehari selepas Pope Francis memecat dia dari jawatannya berkaitan dengan skandal tersebut, menurut kepada PTI yang memetik kepada pegawai polis tempatan Vijay Sakhare.

Rahib, yang tidak dinyatakan namanya, pada mulanya menuduh Mulakkal pada lewat Jun sebagai merogolnya sebanyak 13 kali di antara 2014 dan 2016.

Namun polis di wilayah selatan Kerala, kawasan bagi populasi Kristian terbesar di India, tidak menyoal siasat dia secara rasmi sehingga September.

Kekurangan tindakan telah mencetuska­n kemarahan, ketika lima rahib dalam tindakan tentangan yang jarang dilakukan di dalam gereja India dan beberapa penyokong telah melakukan bantahan selama beberapa hari.

Pope Francis telah melepaskan Mulakkal dari jawatannya pada Khamis lepas dan melantik seorang lagi biskop sebagai penggantin­ya.

Mulakkal, yang telah menafikan tuduhan, telah menulis kepada pemimpin agama meminta dia dilepaskan dari tugasnya buat sementara waktu ketika siasatan sedang dijalankan.

Mangsa tersebut turut menemui wakil Vatican di India untuk mengemukak­an kes beliau.

Surat beliau, didedahkan kepada media India, menyatakan Mulakkal telah “menggunaka­n kuasa politik dan wang untuk menyembuny­ikan kes tersebut”.

Mulakkal telah menya- takan seluruh skandal itu sebagai satu konspirasi oleh mereka terhadap gereja, dan telah mendapat sokongan daripada kongregasi­nya di Missionari­es of Jesus Church.

Pada Julai, dua paderi telah ditangkap kerana dikatakan merogol dan memeras ugut seorang wanita selama lebih 20 tahun di Kerala.

Pencabulan seksual oleh rakan-rakan paderinya dan kegagalan pegawai kanan gereja untuk mengambil tindakan telah menjadi salah satu dari skandal paling besar dihadapi oleh Gereja Katolik sejak beberapa tahun di beberapa negara. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DITAHAN: Mulakkal (dua kanan) dituduh merogol seorang rahib dikawal oleh polis di luar pejabat cawangan jenayah di pinggir bandar Kochi, selatan Kerala di India kelmarin.
— Gambar Reuters DITAHAN: Mulakkal (dua kanan) dituduh merogol seorang rahib dikawal oleh polis di luar pejabat cawangan jenayah di pinggir bandar Kochi, selatan Kerala di India kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia