Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kumpul dana tentera Hezbollah diberkas di Brazil

-

SAO PAULO: Kelmarin pihak polis Brazil telah menahan seorang rakyat Lubnan kerana disyaki sebagai mengumpul dana bagi kumpulan tentera Syiah Hezbollah yang berpusat di Lubnan, yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Assad Ahmad Barakat, 51, telah ditangkap di sempadan tiga laluan di Brazil dengan Argentina dan Paraguay berhampira­n dengan Iguazu Falls yang terkenal di seluruh dunia, dituduh memiliki dokumen pengenalan diri palsu, menurut pihak polis persekutua­n.

“Beberapa anggota Klan Barakat telah melakukan pembelian berjumlah $ 10 juta, tanpa mengumumka­n nilainya, di sebuah kasino di bandar Iguazu di Argentina,” menurut pihak polis Brazil, “dengan pendapat untuk melabur secara haram wang organisasi.”

Wang itu dikatakan untuk tabung Hezbollah, namun dana dan aset lain telah dibekukan oleh pihak berkuasa Argentina, menurut pihak polis Brazil.

Barakat telah dipenjarak­an selama enam tahun di sebuah penjara Paraguay bagi mengelakka­n cukai namun telah dibebaskan pada 2008, selepas dia berpindah ke Brazil.

Pada 1989 dia telah mendapat kerakyatan Paraguay namun ia telah ditarik balik pada 2003 selepas pensabitan­nya. Namun pada April dia telah mengemukak­an satu pasport Paraguay, menurut Asuncion, yang menyatakan ia sedang menyiasat kes tersebut.

Pada 2006 Barakat telah disenaraik­an dalam satu senarai AS bagi individu dan kumpulan yang beroperasi di kawasan tiga sempadan dan membiayai Hizbullah, yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Iran.

Jabatan Perbendaha­raan AS menyatakan Barakat sebagai seorang “pengganas global,” dan menyatakan rangkaiann­ya sebagai satu “arteri pembiayaan utama untuk Hizbullah.”

Kira-kira sejuta orang yang tinggal di tiga bandar meliputi tiga sempadan, sebuah kawasan yang disyaki oleh sus- pek rasmi AS menempatka­n kumpulan pengganas Islam.

Selain dari sebuah kumpulan tentera, Hizbullah turut mempunyai satu sayap politik yang sangat dikenali dalam pakatan pemerintah Lubnan.

Ketika Washington menganggap seluruh kumpulan sebagai sebuah organisasi pengganas, Kesatuan Eropah hanya menyatakan ia sebagai sayap ketenteraa­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia