Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab antarabang­sa BNM lebih rendah berjumlah AS$103.9 bilion

-

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.9 bilion pada 14 September berbanding AS$104.4 bilion pada 30 Ogos 2018.

Dalam satu kenyataan kelmarin, bank pusat berkenaan berkata, paras rizab yang lebih rendah ini mencermink­an sebahagian besarnya aliran keluar dana portfolio, seperti yang berlaku di rantau ini.

“Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM.

BNM menambah, sebahagian besar hutang luar negeri jangka pendek adalah hutang institusi perbankan ( 69.3 peratus daripada hutang luar negeri jangka pendek) yang mencermink­an pemusatan pengurusan mudah tunai oleh institusi perbankan Malaysia yang beroperasi di rantau ini dan kehadiran banyak bank asing di Malaysia.

“Institusi ini memegang aset luaran yang besar (RM293 bilion), yang boleh digunakan untuk memenuhi obligasi hutang mereka, tanpa memerlukan tuntutan ke atas rizab antarabang­sa BNM,” kata BNM.

Komponen utama rizab antarabang­sa itu meliputi rizab mata wang asing sebanyak US$97.8 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabang­sa (AS$900 juta), Hak Pengeluara­n Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.5 billion).

Menurut BNM, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR ( RM420.38 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia ( RM4.34 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM568.56 juta), pinjaman dan pendahulua­n ( RM7.1 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM7.8 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia