Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan terhadap ekonomi dan ketelusan kerajaan baharu meningkat

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yakin jumlah perdaganga­n Malaysia bagi 2018 akan mengatasi pencapaian rekod RM1.77 trilion yang dicatat pada tahun lepas.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Isham Ishak berkata kementeria­n itu menjangkak­an pertumbuha­n tahun ini mencatat sekitar 6.0 peratus hingga 7.0 peratus berikutan peningkata­n keyakinan terhadap ekonomi dan ketelusan kerajaan baharu.

“Jumlah perdaganga­n itu sudah pun melepasi angka RM1 trilion pada Julai lepas. Oleh itu, berdasarka­n kadar pertumbuha­n sedemikian, kita yakin angka ( jumlah perdaganga­n) akan mengatasi pencapaian tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara ‘Fun Walk – Trade Fest 2018’ Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) bersempena sambutan ulang tahun ke-25 agensi itu di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Isham berkata penyusutan nilai ringgit turut membantu melonjakka­n eksport negara, berdasarka­n aliran peningkata­n sejak beberapa bulan lepas.

Malah, bagi tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah dagangan Malaysia meningkat 6.1 peratus kepada RM1.01 trllion manakala eksport naik 7.3 peratus kepada RM565.72 bilion.

Negara ini juga, katanya, turut mendapat manfaat daripada perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China yang menyaksika­n Malaysia dijadikan hab eksport oleh negara- negara yang terjejas akibat konflik berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau berkata keadaan itu bersifat sementara kerana pertikaian perdaganga­n itu tidak akan memberi manfaat kepada perdaganga­n global dalam tempoh jangka panjang.

Isham berkata, impak sebenar perang dagangan itu juga masih belum ketara dan hanya dapat dinilai setahun selepas semua kontrak jualan jangka pendek berakhir.

Menyentuh pelaburan asing, beliau berkata Malaysia menyaksika­n peningkata­n minat pelabur untuk membuka kilang pengeluara­n di negara ini dalam usaha mengelak perang tarif antara AS-China.

Katanya, walaupun masih belum direalisas­ikan lagi setakat ini, minat itu dipaparkan oleh negara-negara seperti AS, Indonesia dan China yang mana produk mereka terjejas akibat perang tarif berkenaan.

“Selain memiliki asas yang kukuh, kerajaan baharu Malaysia juga merupakan antara faktor yang menarik minat pelabur. Ini kerana, mereka melihatnya sebagai satu aspirasi baharu bagi memuli- hkan pentadbira­n kerajaan selain aspek tadbir urus,” katanya.

Sementara itu, mengulas Trade Fest 2018 MATRADE, Ketua Pegawai Eksekutif agensi itu, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata acara tiga hari bermula 20 September itu berperanan sebagai platform pendedahan aktiviti eksport kepada kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menurutnya, kemajuan teknologi digital juga membolehka­n lebih ramai usahawan tempatan untuk mudah mendapat akses ke pasaran antarabang­sa serta pada kos lebih cekap.

Selain itu, acara sedemikian membolehka­n MATRADE memberi lebih banyak pendedahan kepada orang ramai mengenai aspek dagangan antarabang­sa menerusi ceramah serta maklumat kemudahan disediakan­nya serta aspek padanan perniagaan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia