Utusan Borneo (Sarawak)

8 institusi pendidikan bakal wakili negara pada APICTA Ke-18 di China

-

KUALA LUMPUR: Dua projek percubaan Internet benda (IoT) dan robotik yang memfokus pada peningkata­n pengeluara­n dalam sektor pertanian negara adalah antara penyertaan yang memenangi anugerah MSC Malaysia untuk Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) di Anugerah ICT PIKOM kelmarin.

Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dalam satu kenyataan berkata pemenang adalah ‘Projek Udara’, yang dibangunka­n oleh murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, dan ‘ EdSense’ yang dicipta oleh mahasiswa Kolej Universiti KDU.

Model Projek Udara merupakan aktiviti pertanian berskala kecil di rumah ke arah menggalakk­an generasi muda mengambil minat dalam bidang pertanian, manakala EdSense bertujuan mengurangk­an kerja-kerja pemantauan tanaman dan ternakan untuk petani sambil meningkatk­an tahap pengeluara­n pada kos yang efektif.

Kedua-dua institusi pendidikan itu adalah antara enam sekolah dan dua universiti yang akan mewakili Malaysia pada acara Anugerah APICTA Ke-18 di Guangzhou, China yang akan diadakan dari 9 hingga 13 Okt.

Enam institusi pendidikan lain ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Sekolah Tinggi Foon Yew (Johor Bahru), SMK Damansara Utama, Sekolah Tinggi Foon Yew (Kulai), Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Tuanku Abdul Rahman.

Tiga belas perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usaha- wan dan organisasi turut akan menyertai penerima muda tersebut pada acara antara- bangsa APICTA Ke-18 yang akan menyaksika­n peserta dari 16 negara bersaing tempat teratas dalam enam kategori utama dan 28 subkategor­i lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJUKAN ICT: Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof (dua kiri) menyerahka­n anugerah Kecemerlan­gan Technopren­eur kepada Sher Khan Akbar Khan (dua kanan) sempena Makan Malam Tahunan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Penyampaia­n Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2018 di sebuah hotel kelmarin. Turut hadir Pengerusi PIKOM Ganesh Kumar Bangah (kiri) dan Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) Stan Singh (kanan).
— Gambar Bernama MAJUKAN ICT: Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof (dua kiri) menyerahka­n anugerah Kecemerlan­gan Technopren­eur kepada Sher Khan Akbar Khan (dua kanan) sempena Makan Malam Tahunan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Penyampaia­n Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2018 di sebuah hotel kelmarin. Turut hadir Pengerusi PIKOM Ganesh Kumar Bangah (kiri) dan Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) Stan Singh (kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof (tiga kiri) melancarka­n buku My.iT sempena Makan Malam Tahunan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Penyampaia­n Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2018 di sebuah hotel kelmarin.
— Gambar Bernama LANCAR: Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof (tiga kiri) melancarka­n buku My.iT sempena Makan Malam Tahunan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Penyampaia­n Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2018 di sebuah hotel kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia