Utusan Borneo (Sarawak)

Perak akan meterai MoU dengan pengeluar komponen auto China: MB

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan menandatan­gani perjanjian persefaham­an rasmi dengan beberapa syarikat pengeluar komponen kenderaan dari China pada bulan depan yang mahu membuka kilang di Tanjung Malim dengan pelaburan di antaranya mencecah AS$150 juta.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata perjanjian persefaham­an bersama pelabur wilayah Ningbo itu merangkumi pelbagai perkara termasuk kos pelaburan di kawasan berkenaan.

“Saya tiada perincian yang lebih tetapi ada di antara kilang yang nak melabur seki- tar AS$150 juta dan ada juga yang kurang sedikit daripada jumlah itu,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Dialog Bersama Menteri Besar Perak dan Menteri Belia dan Sukan di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 260 belia yang juga penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Perak menghadiri wacana berkenaan.

Mengulas selanjutny­a, Ahmad Faizal berkata usaha membabitka­n Tanjung Malim itu turut membuktika­n komitmen kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan untuk terus memajukan ka- wasan tersebut sebagai bandar raya automotif yang terkenal serta berdaya saing.

Selain itu, katanya pelbagai kemudahan infrastruk­tur termasuk taman perumahan juga akan dibina bagi merancakka­n sektor ekonomi di kawasan itu.

“Kita bukan hanya mahu tarik pelabur semata-mata, (tetapi) kita rancang untuk bina pelbagai kemudahan yang bersesuaia­n termasuk taman perumahan di situ.

“Ini kerana selain bekerja, kita juga mahu mereka menikmati kehidupan yang baik di kawasan berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia