Utusan Borneo (Sarawak)

‘Little Cuddles Fair’ 28 hingga 30 September di Everrise Batu 4

-

KUCHING: Everrise sekali lagi akan mengadakan ‘Little Cuddles Fair’ bermula 28 hingga 30 September di Everrise Batu 4 di sini.

Karnivalit­uakanmelib­atkan penyertaan daripada Friso, Dutch Lady, Mead Johnson, Abbott, Dumex, Wipro Unza, Snow, Jordan, Drypers, Huggies, Pureen, Pet Pet, Anakku, Freedom dan Maybird.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memeriahka­n lagi karnival itu termasuk parti kanak-kanak, pertanding­an mewarna yang menawarkan banyak hadiah serta beg cenderahat­i percuma kepada pelanggan.

Salah satu acara utama ialah ‘Children Tea Party’ yang akan diadakan pada Sabtu depan (29 September) jam 1.30 petang.

Kanak- kanak boleh menikmati makanan dan minuman yang lazat semasa parti sambil dihiburkan dengan aktiviti permainan dan kehadiran badut.

Pendaftara­n adalah percuma, bagaimanap­un ia terhad kepada 25 kanakkanak berusia empat hingga tujuh tahun.

Bagi pertanding­an mewarna kanak- kanak pula akan diadakan pada Ahad depan (30 September) jam 2 petang yang terbuka kepada 20 peserta berusia tujuh hingga sembilan tahun sahaja.

Para peserta diminta untuk membawa meja, kerusi, alat tulis dan bahan mewarna mudah alih mereka sendiri.

Dengan pembelian RM20 dan ke atas di Everrise Batu 4, pelanggan layak mengambil bahagian dalam peraduan tersebut.

Semasa pameran itu, banyak hadiah percuma akan diberikan terutama kepada pelanggan yang membuat pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit di gerai Little Cuddles Fair.

Mereka (pelanggan) akan diberikan beg cenderahat­i edisi khas yang disediakan oleh Everrise dan ia terhad untuk satu beg kepada setiap pelanggan.

Selain itu , kanak-kanak juga akan dapat menikmati ‘ Fun Henna Tattoo’ dan ‘scrupture balloons’ secara percuma di samping berhibur dengan kemunculan badut dan maskot semasa pameran tersebut berlangsun­g.

Pameran ‘Little Cuddles Fair’ akan bermula dari jam 9.30 pagi dan dijangka berakhir jam 10 malam.

 ??  ?? MERIAHKAN BERSAMA: Risalah‘Little Cuddles Fair’akan diadakan di Everrise Batu 4 dari 28 hingga 30 September ini.
MERIAHKAN BERSAMA: Risalah‘Little Cuddles Fair’akan diadakan di Everrise Batu 4 dari 28 hingga 30 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia