Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mempunyai sistem untuk mengesan maklumat mereka

-

BATU PAHAT: Manamana syarikat tidak akan dapat melepaskan diri daripada membayar Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sekiranya didapati layak berbuat demikian kerana kerajaan mempunyai sistem pangkalan data besar untuk mengesan maklumat mereka.

Menteri Kewangan Lim Guang Eng berkata sistem itu yang diwarisi menerusi pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) mendaftark­an sebanyak 472,000 syarikat sebelum ini.

“Namun di bawah SST, hanya 100,000 syarikat daripada jumlah itu akan dikenakan cukai dan kita boleh kesan siapa yang cuba lari daripada bayar.

“Pada masa yang sama, kita bukan sahaja bergantung kepada pegawai-pegawai kita untuk siasat syarikat-syarikat ini satu persatu kerana kita juga akan gunakan sistem perkompute­ran. Bila naik ( wujud) nama ( syarikat) dalam sistem, memang susah untuk lepas,” katanya.

Beliau memberi tahu demikian pada sidang media selepas taklimat SST kepada pemain-pemain industri di sini, semalam.

Turut hadir Penasihat Menteri Kewangan, Datuk Ooi Kok Seng dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penkastama­n) Datuk Paddy Abd Halim.

Lim berkata mana-mana syarikat yang belum lagi mendaftark­an diri di bawah SST masih mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana kerajaan masih lagi mengamalka­n pendekatan ‘lembut’ terhadap mereka.

Namun apabila tamat t e m p o h ‘ b e r l e m b u t ’ ini, kerajaan akan terus mengambil tindakan mengikut undang- undang ditetapkan, katanya.

“Sekarang sangat mudah dan senang iaitu terus masuk ke laman web ( Jabatan Kastam) dan daftar. Kalau nak pengecuali­an ( cukai) pun, kita akan bagi automatik tetapi sebelum itu, kita akan semak.

“Seperti yang saya sebut, kita akan lembut mesra dan prihatin dulu. Kita akan beri peluang untuk mereka betulkan. Tetapi selepas itu, kita akan kuatkuasak­an undang- undang, mungkin mulai tahun depan.

“K i t a t i d a k b o l e h berlembut selama- lamanya dan berharap agar semua syarikat tidak mengambil kesempatan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia