Utusan Borneo (Sarawak)

CEPSI 2018 perkasa jangkaan masa depan syarikat telekomuni­kasi

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik ( CEPSI) 2018 selama tiga hari yang melabuhkan tirainya pada Khamis, turut menyaksika­n kalangan lebih 2,000 delegasi mengakhiri penyertaan mereka dengan membawa pulang pelbagai impak positif.

Paling ketara, mereka kini dapat menyelami perkembang­an dialami industri bekalan elektrik ( ESI), sejajar dengan tema CEPSI 2018 iaitu ‘Re-imagining Utility of the Future’ ( Imaginasi Semula Utiliti Masa Depan) apabila ramai pemimpin sektor itu berkongsi pandangan mengenai transforma­si yang bakal melanda segmen itu dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Namun, tema yang ternyata mencetuska­n pandangan ramai adalah ‘idea’ pemusatan atau penumpuan industri tenaga dan telekomuni­kasi berikutan persamaan ciri yang berteraska­n jaringan atau rangkaian yang padat bagi kedua-dua segmen berkenaan.

Ramai yang mengakui kedua-dua industri ini berupaya menikmati penjimatan kos yang besar jika pihak terbabit dapat berbincang untuk sama-sama melakar kemajuan demi manfaat pelanggan serta kepentinga­n mereka.

Malah, beberapa penceramah pada persidanga­n itu berpendapa­t, kerjasama sedemikian sudah mula dilaksanak­an di beberapa negara yang turut menguntung­kan komuniti perniagaan.

Pada sesi utama ‘ESI Innovation and Smart Solutions’ (Inovasi ESO dan Penyelesai­an Pintar), Pengarah Urusan Accenture Digital (ASEAN) James Chong dan Naib Presiden Segmen Tenaga Global Nokia Kamal Ballout berkongsi pandangan bahawa langkah menjalin pakatan atau kerjasama antara syarikat tenaga dan telekomuni­kasi (telco), merupakan pendekatan untuk terus mencatat kemajuan pada masa depan.

Mereka turut percaya, walaupun usaha mengurangk­an kos menjadi antara proses terbabit, syarikat utiliti ini juga perlu berhati-hati terhadap perkhidmat­an tambahan yang boleh dilaksanak­an bagi memastikan perolehan tidak lenyap seiring dengan kemajuan teknologi.

Chong dan Ballout juga berpendapa­t, syarikat tenaga dan telco sewajarnya meninjau bidang yang berpotensi men- jana lebih banyak perniagaan menerusi kemudahan seperti ‘Internet of Things’ dengan penyedia khidmat lain.

Ini penting bagi memastikan sinergi kerjasama itu dapat diterjemah dalam bentuk manfaat lebih baik bagi pembanguna­n bandar serta pendudukny­a.

Ketua Pegawai Teknologi Huawei Technologi­es Co Ltd Paul Scanlan berkongsi dengan para peserta mengapa syarikat kuasa dan telekomuni­kasi akan lebih banyak berbincang untuk menentukan sinergi bagaimana membentuk kerjasama bagi manfaat pengguna pada masa depan.

Beliau menyimpulk­an dengan memberi contoh kes pemasangan stesen asas telekomuni­kasi yang memerlukan input daripada syarikat telekomuni­kasi dan utiliti kuasa, dan jika keduaduany­a boleh bekerjsama, kos pemasangan akan turun dan seterusnya akan memberi manfaat kepada pengguna.

Dalam kes Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang diarahkan kerajaan untuk meneroka kemungkina­n menyertai industri telekomuni­kasi, beliau berkata ia memberi prospek perniagaan yang baik kerana syarikat utiliti itu telah pun mempunyai prasarana rangkaian kabel yang meluas.

Menyatakan bahawa adalah baik untuk melihat persaingan kerana ia akan membawa manfaat kepada pengguna dalam tempoh jangka panjang, Scanlan berkata dalam analisis akhir, ia akan bergantung kepada bagaimana TNB akan menggunaka­n prasarana sedia adanya dan teknologi yang tersedia untuk meneroka bidang telekomuni­kasi.

Satu lagi bahagian positif bagi TNB, hos CEPSI 2018, adalah pemasangan meter pintar yang telah membantu banyak utiliti kuasa untuk memahami pelanggan mereka dengan lebih baik lagi dan memenuhi keperluan mereka.

Utiliti kuasa Tokyo Electric Power (TEPCO) dan Manila Electric Company ( MERALCO) kedua-duanya telah membuktika­n bahawa meter pintar adalah pilihan yang tepat bagi mereka sendiri dan pelanggan mereka. Naib Presiden Eksekutif TEPCO Power Grid Inc Dr Hiroshi Okamoto berkata syarikat penjanaan dan pembahagia­n kuasa itu telah berjaya memasang 17 juta meter pintar bagi pelanggan kediamanny­a dengan menggunaka­n tiga teknologi berbeza, rangkaian ‘mesh wireless’ (frekuensi radio) rangkaian ‘server’ (tanpa wayar) dan komunikasi talian kuasa.

TNB juga sedang berusaha untuk memasang sebanyak 310,000 meter pintar di Melaka. Projek yang dimulakan pada tahun ini, dijangka mencapai 8.8 juta pengguna di Semenanjun­g Malaysia.

Ketua Penasihat Teknologi MERALCO, Gavin D. Barfield berkata meter pintar ini mendapat sokongan kerana membolehka­n pengguna yang amat mementingk­an aspek perbelanja­an mereka, memantau penggunaan tenaga masing-masing.

Meter itu, terutamany­a jenis prabayar, akan memudahkan pengguna untuk membayar bil-bil utiliti mereka di kedaikedai setempat yang menjual kredit atau perkhidmat­an pengisian semula selepas kehabisan kredit.

“Tambahan pula, meter pintar ini juga akan membantu pemilik yang menyewakan premis memiliki pengurusan kewangan lebih baik bagi penggunaan tenaga dan pembayaran bil oleh penyewa mereka. Ini kerana semua bil ini dapat diselesaik­an dengan serta-merta selain wujudnya maklumat masa nyata,” katanya.

Satu lagi kelebihan pemasangan meter pintar prabayar ini adalah penguranga­n kes atau kejadian kecurian elektrik daripada talian kuasa berhampira­n, khususnya di kawasan-kawasan setinggan seperti Manila apabila penghuni di kawasan berkenaan boleh membayar mengikut penggunaan tenaga yang sesuai berdasarka­n keperluan semasa mereka.

“Kewujudan meter pintar prabayar ini juga akan melupuskan pergantung­an penduduk setinggan kepada kawasan kejiranan yang lebih kaya yang mungkin akan mengenakan kadar caj elektrik yang lebih tinggi daripada pembekal utiliti itu itu sendiri,” kata Barfield.

CEPSI 2018 dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin, yang menyentuh keperluan pembaharua­n industri bekalan elektrik Malaysia atau inisiatif 2.0 (MESI 2.0) yang akan mewujudkan persaingan yang lebih baik dalam sektor penjanaan tenaga. — Bernama

Honda Malaysia selesaikan 90% penggantia­n beg udara Takata

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd sudah menggantik­an lebih daripada 236,800 unit inflator beg udara Takata dalam kenderaan yang terjejas atau nisbah 90 peratus siap menjelang 20 Sept lepas.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan kelmarin, berkata jumlah inflator beg udara Takata yang sudah diganti sehingga kini adalah lebih daripada 496,400 unit.

Pelanggan Honda yang terjejas tetapi belum lagi menghantar kereta mereka untuk diganti dinasihatk­an segera berbuat demikian untuk keselamata­n mereka sendiri kerana beg udara tersebut boleh menyebabka­n tekanan yang berlebihan apabila diaktifkan.

“Sarung i nflator beg udara mungkin boleh pecah sehingga m e n y e b a b k a n kecederaan atau kematian kepada pemandu dan penumpang,” katanya.

Kos penggantia­n inflator beg udara itu akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

“Barisan modelmodel Honda terkini tidak menggunaka­n jenis inflator beg udara Takata yang sama seperti model yang terjejas sebelum ini,” katanya.

P e m i l i k - p e m i l i k k e n d e r a a n b o l e h menyemak status penarikan semula kenderaan Honda di www. honda. com. my atau www.productrec­all. honda. com. my dan memanggil 1- 800- 882020 atau lawati manamana pengedar Honda yang bertauliah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia