Utusan Borneo (Sarawak)

Rahsia kejayaan Serba Dinamik terus kekal kukuh

-

SHAH ALAM: Kejayaan Serba Dinamik Holdings Bhd sejak 25 tahun lepas boleh dikaitkan dengan strategi memberi tumpuan kepada kecekapan teras dan kerja berpasukan, kata pengasas bersama, Abdul Kadier Sahib.

Beliau berkata sejak ditubuhkan di Bintulu, Sarawak pada 1993, penyedia perkhidmat­an kejurutera­an bersepadu global itu memberi tumpuan kepada kecekapan terasnya, iaitu penyelengg­araan dan pembaikan peralatan berputar.

“Kami menumpukan perhatian kepada kecekapan teras. Mana-mana pekerjaan lain yang mempunyai hubungan dengan perniagaan teras itu kami ambil bahagian, tetapi kepada bidang-bidang yang sangat baru dan tidak ada hubunganny­a dengan perniagaan teras kami tolak.

“Mempunyai pasukan yang sangat baik juga merupakan kunci kejayaan. Para pengarah kami berpengala­man dan dapat menggerakk­an kakitangan untuk bekerja sebagai satu pasukan untuk memula dan menyelesai­kan sesuatu kerja,” katanya kepada Bernama, kelmarin.

Abdul Kadier berkata beliau sangat teruja kerana tidak pernah bermimpi bahawa Serba Dinamik akan mencapai tahapnya seperti hari ini.

“Hari ini, Serba Dinamik boleh dikatakan telah berada di serata dunia. Sesetengah pasaran mungkin tidak begitu meluas, tetapi sekurang- kurangnya kami telah berkhidmat atau pernah menyelengg­ara di sana. Sehingga kini, kami telah mendapat ulangan kerja daripada pelanggan yang berpuas hati dengan prestasi kami.

“Kita boleh menyebut diri kita sebuah syarikat multinasio­nal, tetapi jika orang masih tidak mengenali anda, maka anda perlu membina kekuatan sehingga mencapai tahap yang sama, terutamany­a di Amerika Syarikat dan Australia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia