Utusan Borneo (Sarawak)

Isu keselamata­n Sabah tugas berat kepimpinan kerajaan negeri

-

TENOM: Isu keselamata­n Sabah merupakan tugas berat yang perlu digalas kepimpinan kerajaan negeri yang baharu, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau

Beliau yang juga pemangku presiden Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) berkata, sebagai parti yang bergabung dengan kerajaan baharu, UPKO meletakkan isu keselamata­n sebagai perkara penting untuk ditangani.

“Tumpuan kerajaan negeri ialah untuk memastikan keselamata­n rakyat terjamin... kita mahu tanah besar Borneo ini, perairan serta persisiran pantai selamat dan kita mahu negeri tercinta ini selamat untuk semua orang termasuk pelancong.

“Ini adalah penekanan kita ( UPKO), ini adalah tugas berat kita,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat agung tritahunan parti itu di sini, kelmarin

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sedang melipatgan­dakan usaha untuk memastikan keselamata­n negeri ini terjamin dan ini termasuk memperkasa­kan kawalan di setiap sudut termasuk perairan negeri ini.

Beliau turut menekankan keselamata­n negeri ini sangat penting bagu menjamin keselamata­n pelancong untuk melawat Sabah.

Mengenai mesyuarat parti itu, Tangau berkata anggota parti itu mendapat suntikan baharu, yang disifatkan­nya sebagai kebebasan sepenuhnya selepas tidak lagi terikat dengan kongkongan parti yang lebih dominan yang menerajui kerajaan terdahulu.

Menurutnya, semangat anggota UPKO semakin meningkat di semua peringkat, yang menyaksika­n parti itu kini mendapat sokongan kuat daripada rakyat, khususnya dalam kalangan bangsa Momogun atau orang asal negeri ini.

Majlis itu turut menyaksika­n penyertaan seramai 342 anggota baharu ke dalam UPKO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia