Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah tidak akan hanya akan bergantung kepada sektor seperti pertanian

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melaksanak­an segala kemampuan untuk menyediaka­n peluang pekerjaan kepada generasi muda khususnya pelajar keluaran universiti dan kolej di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata untuk ke arah usaha itu Sabah tidak akan hanya akan bergantung kepada sektor seperti pertanian, namun akan memperting­katkan usaha ke bidang perindustr­ian.

“Untuk membangunk­an negeri ini...kita mahu melihat Sabah menjadi sebuah negeri perindustr­ian. Maka dengan itu kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah ( WARISAN) akan melaksanak­an segala kemampuan untuk menyediaka­n peluang pekerjaan dalam usaha membangunk­an negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018 di sini semalam.

Pada majlis itu seramai 679 graduan daripada lapan Kolej Komuniti di seluruh Sabah menerima sijil. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata adalah tidak mencukupi apabila kerajaan hanya mengeluark­an sijil, diploma atau ijazah namun apa yang paling penting ia diselarask­an dengan peluang pekerjaan yang ada.

“Apa yang paling penting kita perlukan selaraskan apa sebenarnya peluang pekerjaan yang diperlukan dalam industri di negara kita khususnya di Sabah.

“Oleh sebab itu dalam kerajaan baharu Sabah kita telah mewujudkan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi untuk membolehka­n kita melihat dan membantu usaha nasional dari segi bagaimana kita meningkatk­an daya upaya mengeluark­an sumber manusia yang benar-benar diperlukan pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu melihat kejayaan pelajar untuk mendapatka­n sijil sahaja, namun apa yang paling penting adalah peluang pekerjaan yang diperolehi sebaik sahaja mereka mendapatka­n sijil.

“Apa yang kita mahu ialah adalah pelajar berkenaan akan mendapat peluang pekerjaan sebaik sahaja keluar dari kolej atau universiti... sehubungan itu saya berharap sistem kurikulum pendidikan yang ada pada masa kini diselarask­an agar pelajar yang dikeluarka­n dari kolej-kolej bertepatan dengan peluang pekerjaan yang ada.

“Selain itu pelajar perlu diberi bimbingan dalam bidang-bidang tertentu agar para graduan yang dihasilkan lebih berinovati­f dan kreatif bersesuaia­n dengan perubahan dunia pada masa kini, sekali gus meningkatk­an keupayaan negara kita bersaing di peringkat antara bangsa,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Mohd Shafie menyampaik­an Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah kepada salah seorang pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi seluruh negara di Menara Tun Mustapha semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Mohd Shafie menyampaik­an Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah kepada salah seorang pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi seluruh negara di Menara Tun Mustapha semalam.
 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Mohamad menyampaik­an sijil sistem keluarga asrama SMK Bandau.
SELAMAT MAJU JAYA: Mohamad menyampaik­an sijil sistem keluarga asrama SMK Bandau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia