Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar digalak ceburi sains, teknologi penuhi keperluan pasaran pekerjaan

-

SEMPORNA: Pelajar digalakkan untuk menceburi bidang sains dan teknologi iaitu bidang yang diperlukan dalam industri pekerjaan sekarang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah berkata ramai graduan tidak mempunyai pekerjaan kerana kebanyakan mereka hanya bersandark­an kepada peluang untuk menyertai perkhidmat­an awam yang mungkin mempunyai kekosongan jawatan yang terhad.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan memikirkan cara menjana pendapatan, di samping menyediaka­n peluang pekerjaan dan melihat keperluan membangunk­an industri di negeri ini.

“Sebab itulah kita melihat negara seperti Korea Selatan dan Taiwan, orang-orangnya kaya sebab terlibat dalam perindustr­ian.

Oleh itu, pelajar perlu fokus kepada bidang seperti sains dan teknologi yang ada potensi besar pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Kayuhan dan Larian Amal sempena Pro- gram Sayangi Malaysiaku anjuran Kastam Diraja Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Jaujan memberitah­u pelantikan ketua kampung dan pemimpin anak negeri di negeri ini masih dalam proses.

Katanya, perkara melantik jawatan berkenaan dari kalangan akar umbi bukan mudah kerana memerlukan penilaian beberapa elemen seperti had umur, kelayakan dan pengalaman, khususnya dalam kalangan wanita dan belia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia