Utusan Borneo (Sarawak)

KD Paus, KD Jerong tingkatkan keselamata­n pantai timur Sabah

-

SANDAKAN: Armada Markas Wilayah Laut Dua (MAWILLA 2) menerima dua aset baharu, Kapal Diraja (KD) Paus dan KD Jerong dalam usaha memperheba­tkan kawalan keselamata­n perairan pantai timur Sabah.

Penerimaan dua aset baharu itu adalah detik bersejarah terhadap Armada MAWILLA 2, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan yang merupakan salah satu inisiatif TLDM dalam menampung keperluan aset berikutan kawasan pantai timur Sabah mempunyai kawasan operasi yang luas dan mencabar.

KD Paus dan KD Jerong diterima dari Markas Armada Timur merupakan kapal dari kelas Skuadron Kapal Ronda Laju Ke-6 (SKRL 6) yang telah lama berkhidmat dan berpangkal­an di Kota Kinabalu.

Kedua-dua kapal ini bukanlah asing di Pangkalan TLDM Sandakan berikutan keduadua kapal itu juga pernah terlibat dalam operasi-operasi yang dilaksanak­an di bawah pemerintah­an Markas Wilayah Laut 2.

Ketibaan KD Paus yang diperintah oleh Leftenan Komander Nor Hisham Rahmad dan KD Jerong diperintah, Leftenan Komander Mohd Syamir Mohamad Shokri telah disambut oleh Panglima Wilayah Laut Dua (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam bersama-sama warga MAWILLA 2 di Tambatan Pangkalan Sandakan.

Sebagai simbolik bermulanya pengoperas­ian di MAWILLA 2, Ganesh telah menyambut ‘first line’ dari KD Jerong dan meletakkan di bollard jeti. Seterusnya KD Paus telah merapat di lambung kanan KD Jerong.

Sejurus ketibaan kedua-dua kapal itu, kesemua krew kapal telah berhimpun di atas jeti dan bersalaman dengan Ganesh serta semua ketua bahagian di MAWILLA 2.

Dalam ucapannya, Ganesh mengalu-alukan kedatangan kedua-dua kapal ke dalam keluarga besar MAWILLA 2 dan berharap dua kapal itu bersedia untuk memulakan operasi di MAWILLA 2, sekali gus dapat terus menyumbang kepada pengoperas­ian markas itu.

Di samping itu juga, PANGWILLA 2 turut menekankan aspek kebajikan khususnya bagi krew kedua-dua buah kapal di mana kebanyakan ahli keluarga mereka masih berada di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan menyatakan juga bahawa MAWILLA 2 tidak menghadapi kekangan dalam aspek perumahan dengan memperuntu­kkan Rumah Keluarga TLDM kepada mereka yang ingin membawa keluarga mereka berpindah ke Sandakan.

 ??  ?? MUHIBAH: Ganesh bersalaman dengan Nor Hisham diikuti Mohd Syamir.
MUHIBAH: Ganesh bersalaman dengan Nor Hisham diikuti Mohd Syamir.
 ??  ?? JAMINAN KESELAMATA­N: KD Jerong diikuti KD Paus merapat ke jeti MAWILLA 2, Pangkalan TLDM Sandakan.
JAMINAN KESELAMATA­N: KD Jerong diikuti KD Paus merapat ke jeti MAWILLA 2, Pangkalan TLDM Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia